Like me!

Showing posts with label lawak. Show all posts

Lawak budak sekolah





Nama pun budak sekolah, ada yang buat karangan main belasah jer. Kurang membaca antara faktor budak sekolah lemah dalam penulisan. Budak-budak sekarang lagi banyak faktor luarannya seperti bahasa slanga sms, bahasa internet, bahasa kartun doraemon dan lain-lain lagi.







Category:  
agak-agak kalau melatah


Lawak saja-saja

Terdapat sebuah gunung yg digelar 'Gunung Hajat' di mana sesiapa yg terjun dari gunung itu lalu meminta sesuatu hajat, maka ia akan termakbul.

3 org pemuda telah sedaya upaya memanjat gunung itu dan akhirnya mereka sampai ke puncak. Pemuda pertama hendak menjadi seekor burung. Maka dia terjun dan menjeritkan permintaannya dan Kapushh... dia telah menjadi seekor burung.

Pemuda kedua bagaikan tidak percaya sahaja dgn apa yg dilihatnya. Dia terus terjun dan menjerit, "Aku nak jadi superman!!!". Sudah tentu, permintaannya juga dimakbulkan dan dia sempat berkata kepada pemuda ketiga, "Kenapa... tak percaya aa??"

Pemuda ketiga pun dah naik jeles dgn pemuda kedua tadi. Dia mengambil lajak beberapa tapak ke belakang dan telah memasang niat utk menjadi pesawat Stealh utk mancabar pemuda kedua. Dia pun berlari, akan tetapi dia telah tersepak seketul batu di pinggir tebing lalu melatah, "Mak nenek... ", dan terus jatuh ke bawah.

Moral: jgn suka melatah heheh...







Category:  
Soalan-soalan lazim


* Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya: "Tunggu bas ke?" Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye"

Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya: "Ko nak mandi ke?"
Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang kejap, ko nak join?"

* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur: "Aik? tulis surat nampak?"
Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan aku bergerak sendiri"

* Anda sedang makan nasik dan orang tegur: "Makan nasik?"
Jawab : " Mata ko buta ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?"

* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer: "Baru balik dari keje?"
Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi keje lah nie...opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"

* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur: "Eh kau sibuk ke?"
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia pastu kompang siket pipi dia.

* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer: "Eh citer melayu ke?"
Jawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro menentang Raksaser dari Planet X...ko tunggu jap nanti otromen kuar".







Category:  
Hadiah utk ayang..


Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari jadi Ayang ni. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”.

“Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab suaminya sambil membisik manja. Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar-debar penuh rasa excited si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan-lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: “Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya“...

hahahah...
selamat berpuasa yer..







Category:  
Santai Bola

bro,
kita rehat ler dulu dpd isu-isu berat nie...
meh kita layan citer lawak nie dulu...

Ada 26 orang gila, mereka mahu diuji kesihatan mentalnya di Amerika.

Mereka diangkut menggunakan pesawat Hercules yang besar!

Sewaktu di udara,orang- orang gila itu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Si kapten marah dan menyuruh co-pilot untuk menenangkan mereka.

"Hoi! Bising la korang ni! Jangan maen bola di dalam pesawat, bahaya! bentak co-pilot kepada orang-orang gila.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-lama si kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk cek ke belakang.

Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah hidup! (setengah mati juga, sama aja kan ). Orang gilanya tinggal empat orang! "Hei, ! Kenapa tinggal berempat? Yang lain ke mana?"

"Abisnya tak boleh main bola di dalam kapal. Mereka jadi main bola di luar.."

"Hah?! tapi, kenapa korang ada di dalam?"

"Kan kitaorang pemain simpanan!"

huhuhu







Category:  
Lawak Pantun Gila!



Ya...berjumpa kita lagi dalam rancangan berbalas pantun.ok kali ini 2 lagi sekolah akan bertanding utk menunjukkan power masing2.

Tanpa berlengah lagi,saya memperkenalkan kumpulan yg berada di kanan saya iaitu dari sekolah SKTFB(sekolah kanak2 tak faham bahasa dan di sebelah kiri saya pula dari SKTFS(sekolah kanak2 tak faham soalan).Tepuk tangaaaaaannn!!!

ok round pertama,SKTFS akan menjual pantunnya kepada SKTFB.Silakan peserta pertama.

peserta pertama SKTFS:"Dengar ye...
kura-kura dalam perahu
pisang emas di bawa belayar
bolehkah saya ingin tahu
kenapa kura2 dalam perahu?

Jawapan dari peserta SKTFB:"dengar ye jawapan saya....Sudah gaharu cendana pula
Masak pisang di atas peti
Dengarlah ini jawapan saya
Perahu itu sapa yg beli?

ye...itu dia jawapan yg sungguh tepat dari peserta pertama kita.peserta kedua boleh jual pantunnya

peserta kedua SKTFS:Gunung daik bercabang tiga
Buah cempedak di luar pagar
Pada tuan saya ingin bertanya
Kenapa gunung daik bercabang tiga?

Jawapan dari SKTFB:"Buai lajulah laju
Sampai pohon sena
meh ler dengar jawapanku
rumah awak ada buah cempedak ke?

nampaknya jawapan makin memberansangkan dari peserta2 tak faham bahasa.Berikan tepukan gemuruh.ok peserta terakhir boleh menjual pantunnya.

peserta ketiga SKTFS:"ambil galah tolong jolokkan
paku dulang paku serpih
saya di sini inginkan jawapan
kenapa dulang ada paku?

jawapan dari peserta SKTFB:"KAlau ada jarum yg patah
jangan di simpan dalam peti
kenapa awak nak ambil galah
semua pokok belum berbuah lagi!

ye...itu dia peserta hebat kita.Ok round pertama sudah habis.Masuklah round kedua iaitu round terakhir.Kali ini peserta dari SKTFB menjual pantunnya

peserta pertama SKTFB:"Burung terkukur hinggap di pokok
burung merpati hinggap di kepala
kepada saudara saya ingin bertanya
kat rumah awak ada bela burung tak?

Jawapan dari peserta SKTFS:"anak kucing mengiau manja
mengiau manja tandanya lapar
Dengarlah ini jawapan dari saya
semalam saya baru beli selipar

ye..begitulah jawapan yg diberikan.nampaknya permainan semakin sengit.Ok tiba giliran peserta kedua

Peserta kedua SKTFB:"Air tenang jangan tak disangka
Ada naga duduk berendam
saya ni teringinlah nak tahu
nenek awak sapa nama?

jawapan peserta SKTFS:"duduk menyimpuh si ibu tua
menunggu anak tak pulang2
kepada saudara yg tlh bertanya
saya tak suka kucing belang

tepuk tangan!tepuk tangan...ok giliran perserta terakhir menjual pantunnya

peserta ketiga SKTFB:"anak pak kadak rajin membaca
anak pak kaduk rajin berdengkur
dengarlah ini saya punya soalan
lauk apa jadi kesukaan awak?

jawapan peserta SKTFS:"sila dengar...Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Saya beri jawapan pada awak
Saya tak suka tengok cerita hindustan

ye..begitulah tadi acara berbalas pantun dari 2 buah sekolah yg sebenarnya tak diundang.
Baiklah keputusan sudah ada di tangan saya.Maka dgn ini pemenang acara berbalas pantun peringkat sekolah pondok telah dimenangi oleh....

eh saya ke?..haah lah saya menang...yeeeeh.....ye pemenangnya adalah saya sebabgai pengacara terbaik acara berpantun yeehhh....ambil hadiah sendiri!

heheheh...mcm-mcm ehh!







Category: ,  
English vs Malay



Makanan tradisional Melayu apabila di Englishkan..

1. Belacan = BELL - ARCH - UN
2. Tempe = TEMP - AIR
3. Cencaluk = CHANGE - CHARGE- LOOK
4. Jering = JAR - INK
5. Pulut Panggang = PULL -OUT PUNK - GANG
6. Ayam percik = ARE - ARM - PERT - CHECK
7. Kuih kodok = COW - EIGHT COW - DOG
8. Siput sedut = SHIP - OUT SAD - OUT
9. Pulut kuning = PULL - OUT CORN - INK
10. Kuih Karipap = COW - EIGHT CARRY - PUB
11. Lempeng pisang = LAMP - PINK PEACE - LUNG
12. Pekasam = PEAK - A - SOME
13. Guali kambing = GOALLY - COME - IN
14. Sirap = SAY - RUBB
15. Gulai lemak = GOAL - LIE LAMP - MARK
16. Cili padi = CHILD - LY - PADDY







Category: ,  
Nihon go benkyo shimasu !


Kalau yang sedang boring-boring tu tak tau nak buat apa, dalam kepala otak asyik fikir POLITIK, INFLASI, PPSMI dan gossip sahaja, apa kata kita berhibur sikit dengan lawak nama jepun ni.

01. Yang pemarah - KEIJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARASUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHI KASIBANYA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADAMOKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

14. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI







Category: ,  
Banduan Yang Bijak


Seorang bapa yang kecewa kerana anaknya ditahan ISA kerana dituduh terlibat dengan JI, menulis surat kepada anaknya.

Bunyi begini:
"Ajoi, bapakmu ini sudah tua, sekarang sedang musim tanam jagung, dan kamu ditahan di penjara pula, siapa yang nak tolong bapak mencangkul kebun jagung ini?

Anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian. "Bapak, jangan cangkul itu kebun, saya tanam senjata di sana," kata si anak dalam surat itu.

Rupanya surat itu disensor oleh pihak penjara. Maka keesokan harinya selepas bapanya menerima surat anaknya, datang satu platon tentera .Tanpa banyak bicara mereka segera ke kebun jagung dan sibuk seharian mencangkul tanah di kebun tersebut.

Setelah mereka pergi, kembali si bapak tulis surat ke anaknya. "Ajoi, setelah bapak terima suratmu, datang satu platon tentera mencari senjata di kebun jagung kita, namun tanpa hasil. Apa yang harus bapak lakukan sekarang?"

Si anak kembali membalas surat tersebut, "Sekarang bapak sudah boleh menanam jagung aja, kan sudah dicangkul oleh tentara, dan jangan lupa mengucapkan terima kasih sama mereka."

Pihak penjara yang menyensor surat ini terus pengsan.

Moral: HAPUSKAN ISA!







Category: ,  
Kisah pahit seorang gigolo


Aku terpaksa menjadi gigolo" (FAKTA PLUS!!)

Teman-teman, Bacalah kisah di bawah ini: (Cubalah ambil hikmahnya..)

Seorang pemuda frusted mencuba-cuba menjadi gigolo. Pengalaman
pertamanya bertemu seorang ibu muda datang dengan kereta mewah. Pemuda itu dibawa dengan kereta mewah menuju ke sebuah rumah besar milik wanita itu. Sesampainya dirumah, Dia di suruh masuk ke dalam sebuah
bilik. Si pemuda itu merasa nevous karana ini adalah pertama kalinya masuk ke
bilik wanita lain. Fikirannya tak menentu, bingung dan juga kekok.
Semakin di fikir seperti itu, birahinya juga makin muncul.

Sebelum melakukan apa-apa, wanita itu berkata, "Kamu bukakan dulu baju
kamu dan tunggu disini dulu ya, jangan ke mana-mana," ujar wanita itu
kemudian keluar dari kamar. Pemuda itu makin bingung kerana ditinggal
keseorangan. Dan, dia malu untuk telanjang kerana tubuhnya kurus.
Akhirnya dia membuka semua bajunya,dan menunggu di bilik.
"Ah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan," fikirnya.

Tak lama kemudian, ibu itu masuk ke dalam bilik. Kali ini diikuti oleh
dua orang anak kecil.

Ibu itu berkata kepada kedua anak kecil itu, "Tengok ni, Wati dan
Budi, kalau malas makan badan kita jadi kurus seperti abang ni"
Huahaha..ha. .ha..







Waaaaaaaaaa Serius nampak Baca tuuuu...

pergi kerja! kerja!

HAHAHAHAHAAAA............
**credit to Tanjeku**







Category:  
Lelaki mesti bace !!


"Perempuan suka :

- lelaki yang gagah – selalu pegi workout kat gym
- pandai bersukan – bola, basket, ragbi etc.
- bijak pandai – CPGA mesti sentiasa atas 3.5
- ada kerja – dining hall, hotel, library etc.
- ada kereta – especially sports car tak kisah la tahun bila
- pandai jamming – guitar, bass, drum, keyboard etc.
- pandai buat lawak expecially dpn pompuan
- tau jalan2 dekat US ni – boleh lead bila pegi travel
- pandai programming – bleh buat website lawa2
- walaupon rock tapi alim2 sket – bleh lead solat jemaah
- berambut pendek dan kemas
- tak terlalu clean shaved – tinggal la sket janggut in vertical line..macho siot
- wangi – pandai pilih perfume
- hadiahkan bunga – even sekuntum rose je
- selalu hadiahkan teddy bear – kalo kecik bagi banyak2, kalo besar satu je
- ingat birthday awek – tak lupa bagi hadiah best2
- pandai amik ati mak and abah awek
- sanggup teman awek shopping – biarpon berjam-jam
- bleh bagi pendapat bila awek Tanya “awak, tudung wardina ni sesuai tak dgn saye?”
- bila cakap dlm phone, let women do the talking – lepas tu kasi komen

Perempuan tak suka :

- lelaki yang lemah – kurus, tak workout
- tak terer bersukan – petang2 tak kuar main, dok umah je
- study asyik kantoi – dok struggle nak kekalkan CGPA atas 2.0
- malas cari kerja – harap duit sholar je
- takde keta – pegi memane tumpang keta orang atau naik bas
- tak minat muzik langsung – tak leh sembang pasal rock bands
- takde sense of humor – org buat lawak die blur je
- takde life – tak gi jenjalan memane and tak tau tempat sekeliling
- tak celik IT – buat website guna frontpage pon kantoi
- asyik enjoy siang malam – tak ingat mati
- rambut serabai – panjang dan tak terurus
- kuat sangat isap rokok – sekali-sekala takpe la kot
- badan berbau – malas mandi
- tak romantic – bila awek mintak berkali-kali baru nak bagi bunga
- jarang hadiahkan teddy bear -
- wish happy birthday seminggu lewat – kuat lupa
- dah bertahun couple – tak pernah jumpa parents awek
- bagi alasan bila diajak pegi shopping
- asyik jawab “tak kisah” bila orang tanya pendapat dia
- bila borak on the phone, die pulak yg pot-pet lebey2"







Category:  
Suami Anda Suka Cium Di Mana?


Suka cium dahi isteri……..suami yang banyak sujud.
Suka cium pipi isteri……..suami yang suka pakai bedak.
Suka cium mulut isteri…….suami yang selera makannya tinggi.
Suka cium tengkuk isteri……..suami yang pandai menyembelih ayam.

Suka cium telinga isteri………suami yang banyak mendengar kata.
Suka cium leher isteri………suami yang suka menoleh bila lihat wanita cantik.
Suka cium buah dada isteri……..suami yang suka minum susu.
Suka cium tangan isteri…….suami yang panjang tangan.

Suka cium ketiak isteri…….suami yang tahan menempuh dugaan.
Suka cium kemaluan isteri……suami yang agak pemalu.
Suka cium punggung isteri…….suami yang membelakangkan tanggungjawab.
Suka cium kaki isteri…….suami yang suka melarikan diri dari realiti.

Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri……suami yang selsema.
Suka cium seluruh bahagian badan isteri…….. suami yang baru balik dari outstation.

MORAL: Apa yang dicatat di atas hanya sebuah jenaka. Yang penting ialah mengetahui bahawa mencium isteri adalah satu amalan yang patut dilakukan secara kerap bagi meningkatkan rasa kasih mesra, ketenangan dan kegembiraan bagi kedua-dua belah pihak. Bukanlah mencium isteri ketika mahu berjimak saja...

source : Ibnu Yusof







Category:  
cerita Suami Isteri


Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan di Afrika. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.

Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari.. tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahuan isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya.. bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya. .

Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya. Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya.. Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..

Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut. Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak. .

Isteri: Apsal mak ketawa?..

Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

---------
MORAL:

Cerminlah diri sendiri sebelum mencermin oranglain.







Category:  
Baju Cinta


Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benang pun dibadannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata:

"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!".
"Tapi kau telanjang !!!???" marah si nenek melihatkan cucunya berbogel.
"Ini BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya
"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan
"Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya.

Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek" pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.

Sesampai di rumah, si nenek tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.

Berberapa ketika si atok tadi pulang, sebaik saja pintu di buka si atok mendapati si nenek bogel kat depan pintu.

"Kenapa dengan kau nie… buang tebiat???" marah si atok tadi.
"Ini lah BAJU CINTA bang" kata si nenek tadi.
"BAJU CINTA???……kalau iye pun seterika la dulu baju tu....

--------
MORAL: Layanilah suami atau isteri anda mengikut cara yang disukainya dan yang anda sukai, asalkan jangan menyalahi ajaran Islam, melampaui batas atau melakukan sesuatu yang kurang manis di depan orang lain atau di khalayak ramai. Elakkan dari semata-mata meniru cara oranglain kerana cara itu mungkin tidak sesuai dipraktikkan dalam hubungan anda bersama pasangan anda.







Category:  
Pantun suka hati


Buah cempedak di luar pagar

Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar ?


Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan.

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang, Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap







Category:  
Untukmu Sayang Dari Abang


Isteriku sayang..terimalah puisi dari abang ni khas untuk sayang.


I steriku ,

jika engkau bumi,akulah matahari.Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.Lalu......Relakanlah aku menyinari planet lain,menyampaikan faedah adanya aku,kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...


Tapi!!!ini biniku balas.


Suamiku,

andai kau memang mentari,sang surya yang memberi cahaya,aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yangtelah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamudan....akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...AKAN TETAPIIIIIIII. .Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...


Cuba lihat siapa dirimu...MATAHARI atau lilin ?

atau jangan-jangancuma mancis saja!!!!!please lah....!!!jangan la nak berangan!!







Category:  
Fakta vs Auta


1. Tahukah anda apabila 350ml air yangdiambil dari sinki dan kemudiannyadituangkan ke dalam cerek yangmengandungi 150ml air suling dandibiarkan terdedah kepada nyalaanapi bersuhu 100 darjah celcius akanmenghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirapmerupakan salah satu bahan asasdalam pembinaan sebuah helikopter. Inikerana kajian telah dibuat, seorangpembina helikopter memerlukan airsirap untuk menghilangkan keletihansemasa membuat helikopter, tanpa airsirap mungkin helikopter tersebuttidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju220 km/j tidak akan dapat memotongkereta yang dipandu selaju 40km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yangbertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filemLa Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayahkepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengannama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lamadigunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susucap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang jugadigelar besi berani. Sebagaimana namanya magnetialah besi yang berani menarik butir-butir besi lainkearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik keretabukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabiladiganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekorioleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supayabenda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpaekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak bolehmenyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupuntelah keluar kadangkala hingga beribu kilometerdaripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupuntanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarangburung mempunyai alamatnya yang tersendirisebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempelengadalah hampir sama walaupun ia berbeza darisegi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orangyang kena tempeleng masih boleh memakan lempengapabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratustahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumahkita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnyaselama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsungtentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan hartadunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakatjika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kitaakan mengalami satu tindakbalas yang berupakekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagaiubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayamyang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca disini telahmencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.Tapi......dapek ko.....







Category: ,  
Lawak Orang Terengganu... Spang Kederang Sungguh!


ﺍﻠﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻡ dan salang sejahtera. Sini saye ade satu cite untuk pengajarang semue. Bagi sape-sape yang nok gi interbiuw dang ade niat nok nippu mase interbiuw tu, ingat- ingatlah cite ni. Kisoh benar ni tau bukang rekaang!!!Beberape hari yang lepas, satu temuduge kenaikang pangkat telah dibuat oleh saloh sebuoh anok syarikak TNB. Biaselah kang kalu nok naik pangkat mestilah duduk ujiang bertulis dang lepas tu barul! ah ujiang bercakak pulok (temuduga lah tu) test suare lah pulok. Dang dalang rama-rama yang terpilihtu ade tige kawang kite dari Tranung telah dipilih untuk di temuduge. Kebetulang pulok tige kawang kite ni adelah peserte ketige yang pertame. Ape lagi debor peruk lah kawang 3 orang nih. Kawang yang nombor satu mule la merungut, (kene bace ikut loghat terengganu!) ....... "Baru je sapa sini, letih tok hilang lagi, doh bale baru sapa pulok".Sampuk pulak kawan yang kedue ni.... "mapuh kite kalu lagu ni... akudoh kecuk perut ni".


Dang bersuare la pulok kawang yang ketige ni dengang berlagok macho seraye berkate "Mu nok takut bende gok awang eh... Kalu die tanye, mu jawap je la. Kalu mu tok tahu, mu bahang gi la jawap bende pun.... Janji mu jawap doh. Hok mu due ekor ni takut sangat bak pe.... Bukangnye tukang interbiuw tu nok makang mu. Cer mu tengok aku nih, rilek je. Siap buleh control ma! cho lagi".Tibe mase yang ditunggu-tunggu, make name kaw ang kite yang pertame ni pun dipanggil.Dalam 15 minit kemudian, kawang yang pertame ni pun kuor lah. Ape lagi macang kera kene belacang la kawang nombor due ni dok tanye ape soalan yang di tanye oleh tukang interbiuw tadi."Eh awang! menatang bende tukang interbiuw tanye mu tadi???". awang nombor satu tadi pong jawap, "Susoh jugok soalan die, tapi aku tok ingak doh bende yang die tanye tadi, tapi se je yang aku ingak die tanye.... pengerusi TNB yang baru sape name.


Aku pung jawaplah Datuk Jamaluddin Jarjis".Kawang nombor due pulok menyampuk "Ah sudoh! aku tok reti starang nok sebuk name tu. Guane nih awang? Aku rase nok terkecing doh ni. Ah! aku tulih kat tangan je la awang. Kalu die tanye senang le sikit aku nok jawak."Pastu sapok le pulok kawang nombor tige yang berlagok panda nih, "Bakpe yang mu jadi bodo sangak nih. Jangang tulih kat tangang, nanti tukang interbiuw tu na! pok mu tulih situ. Mu tulih kat getoh spenda mu tu. kalu die tanye, mu selok la sikit spenda mu, mu buat-buat la gatal kat perut. Pah tu mu kerling la sikit name pengerusi TNB tu".Ape lagi... kawang nombor due ni pong suke la dengor idea bernas kawang die tu. Tapi die tok tahu yang kawang die nombor tige tu pong panik gok, sebab die pong tok tahu nak sebut macang mane.Name kawan nombor due pun dipanggil... . Dalang 20 minit kawang nombor due tok kuor2 lagi. Kawang yang nombor tige panik doh nape kawang die tu tok kuor2 lagi. 5 minit pah tu, kuor la kawang nombor due ni dengang muke tersenyum. Kawang nombor tige pong tanye la, amende soalang yang kuor, jawap la kawan no due ni, "Susoh gok soalang die tapi soalang pengerusi TNB tu aku buleh jawap... aku sempak selok spenda aku. Tukang interbiuw tok nampok aku selok tadi".Kawang nombor tige ni pong panik la. "Ah sudoh awang! aku pong sebenor nye tok tahu jugok nok sebuk name pengerusi TNB tu".


Jawap lah kawang no due tadi. " Mu tulih pade getoh spenda mu tu macang aku buat nih"Kawan no tige pulok jawap," Aku nok tulih macam mane aku tok pakai spenda"Ape lagi kelang kabut le kawang kite. Tibe-tibe kawang no satu yang dari tadi berdiam diri tadi bagi idea..... "Ape bende yang susoh sangat ni awang, mu beri je spenda mu kat die kejap." Ape lagi bergegas la kawang2 ni pegi toilet untuk berpindoh suor dalang. Tok lame lepah tu name kawang no tige ni pong dipanggil. Dengang semangak berkobor-kobor dan rase confident yang amat sangat kawang kite ni masuk dalam bilik interbiuw tu. Tok sapa 10 minit kawan nombor 3 ni kuor sambil tergaru-garu kepale dengang muke kepelikkang. Kawang2 die yang dok luor ni tanye la kenape kuor awal sangat?Kata kawang nombor tige, mase ahli panel tanye name pengerusi TNB tu, die jawap je la. Tapi, tok pasa-pasa semue ahli panel su! ke sampai kang ade yang mengalir-alir air mate tok tahang sangat. Pastu kawang2 ni tanye la, mase ahli panel ni tanye name pengerusi TNB tu, ape mu jawap.


Dengang confident die bagitahu dengan kuat dan lantang....."Datuk Calvin Klien".Rupe-rupenye mase kawang ni berpindoh seluor dalang tadi, kawang yang sorang ni dah terpakai terbalik rupenye yang belakang ke depang, yang depang ke belakang. Name pengerusi TNB kat belakang, name jename spenda tu pulak kat depang. Tergelok besorlah kawang2 yang due orang lagi tu.....Gitulah cerite nye.... spang kederang sunggoh!!!







Category:  
Abang Nak Kahwin Sorang Lagi..


"Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu.Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang.

Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah Apabila dia berdepan dengan Aliyah. "Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan Seseorang yang mampu memimpin Qis,"

Masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis. Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi,selesai olat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?"

Pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab,dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.

Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi.

Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik.

Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra. Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid.

Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah. Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abang,"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

-------------------------------------------------------
Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abang yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1.Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...

2.Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang... Abang yang disayangi, Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abang...Aliyah sayangkan Abang... Tetapi jika Abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abang.

Tetapi, jika Abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abang..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai..air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
-------------------------------------

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!







Category:  
Kisah Merelakan Di Sebuah Hotel


Sepasang suami isteri bukan Islam di negara Barat dalam perjalanan ke bandar dan kerana jaraknya yang jauh, mereka singgah untuk menginap di sebuah hotel sebelum meneruskan perjalanan keesokan paginya.

Akhirnya mereka bertemu dengan sebuah Hotel yang cukup bagus walaupun tidak berbintang lalu mereka bermalam di situ. Keesokan paginya ketika akan keluar hotel, mereka dikenakan bayaran USD 200.00

"Hah? Ini kadar hotel 5 bintang. Awak tak salah kira ke?" tanya si suami terkejut.

Dia meminta dipanggilkan pengurus hotel dan membantah harga yang terlalu mahal. Setelah mendengar dengan penuh perhatian, pengurus berkata, "Hotel ABCD ini dilengkapi dengan kolam renang taraf antarabangsa, ruang persidangan dan berbagai hiburan semuanya
bertaraf antarabangsa."

"Tapi kami tidak langsung menggunakan kemudahan tersebut," kata si suami berkeras.

"Salah Encik sendiri. kemudahan itu disediakan untuk dimanfaatkan," kata si pengurus tak mau kalah.

Setelah termenung sejenak si suami membuka dompetnya, mengeluarkan wang USD 50.00.. dan mengulurkannya kepada pengurus tersebut.

"Ini baru USD 50.00?" tanya pengurus.

"Baki USD 150.00 lagi tu saya dah bayar… iaitu saya relakan Encik tidur dengan isteri saya"

"Tapi saya tidak tidur dengan isteri Encik…"

"Salah Encik sendiri. ianya sudah tersedia semalaman, kenapa tidak dimanfaatkan…"

----------
MORAL: Suami sepatutnya menjaga maruah dan kehormatan isterinya, bukan sebaliknya.







Category: