Like me!

Archives

Cerita Tali Gantung


Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

'Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,' jelas Samuel.

Di antara ciri utama taligantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.


APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

'Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,' kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

'Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),' kata Samuel.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.'

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai RM7.50.

HARI PENGGANTUNGAN

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung 'poie dengan rela' setelah menunggu begitu lamo untuk hukuman dilaksanakan.

'Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

' Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak
tahan lagi menunggu,' katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

'Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,' cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos- bos saya dulu,' kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

'Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,' katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.







Category:  
Sg Congkak 2






salam,
ader sedikit tambahan gambar aktiviti,
pepun sekalung tahniah..pada pelajar yang telribat dlam menjayakan
perkemahan polibriged @sg Congkak.







Category:  
Sg Congkak






salam,
mgu lepas masuk hutan rekreasi sg congkak
iring pelajar sem 1 ( polibriged ) berkemah kat sg congkak.
suka masuk hutan sebab suka mandi sungai, airnye sejuk lagi
mnyamankan... lupe kejap kejer2 yang tak siap bile mandi sungai hehe..
sedikit gambar berkenaan dengan aktiviti di Sg Congkak ::







Category:  
Redah je


salam,
baru jer sampai rumah .. balik dari 'visit industry' tadi.. Tiap hari gerak subuh balik malam
semacam lain jer rasa letihnyer..
agaknyer the whole day drive dan pening lalat cari syt merata kat KL
KL memang pusat perniagaan, begitu banyak syt2
beroperasi di sana, terlalu banyak jalan yang nak diredah,
jalan2 di KL agak asing rasanyer bagi mcm sy yang jarang turun KL, banyak jalan yang perlu dingat, begitu teruk sesak kereta, begitu aggresifnyer driver2 kat KL, parkingnyer yang begitu mahal, lebih mahal dari nasi beriani Gam,
tapi syukur dapat gak ditempuh.. esok, ader 7 company nak dilawat.. huhhh risau esok kat area
yang tak pernah sy pegi pun, ntah bandar manjalara, mcm drama manjalara jer hehe..
salam..







Category:  
Renungan



assalamualaikum...

saya bukan ustz,
tapi email yg saye dapat ni sy forward kan untuk dikongsi dengan semua..mungkin x betol..kalau ade yg x betol..same2 lah kite betol kan..



TAJUK : ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL.. BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JNG TERUSAN DLM KEJAHILAN.


Sesungguhnya, permasalahan ini berat.

Perhatikan soalan 1 - 5. Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat Tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .


Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:


Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin? Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.


Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan? Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.


Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan? Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah? Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.


Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri? Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.


Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya? Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.


Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri? Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.


Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... . Tolong jangan abaikan artikel ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.


Mafhumnya: Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'. WAHAI PARA SAHABATKU... .INSAFI LAH DIRI.


USTAZ ROSLI AL HAFIZ.







Category:  
Kronologi Lelaki


Ada pompuan gemar berbaju ketat
Di tambah pulak jenis yang singkat
Abis nampak lurah serta pusat
Mana lelaki nak tahan daulat???

Ada pompuan suka berkain jarang
Dari kepala kaki serta belakang
Abis nampak bentuk dan ruang
Mana lelaki tak jadi miang???

Ada pompuan gemar bertumit tinggi
Jalan melentik lentik kanan dan kiri
Di tambah pulak dengan pakaian seksi
Mana lelaki tak jadi lupa diri???

Ada pompuan suka pakaian nipis
Sampai nampak selapis lapis
Dari peha sampai ke betis
Mana lelaki iman tak tipis???

Wahai semua saudara saudari
Ini keluhan seorang lelaki
Bukan di pinta jadi begini
Tapi...tapi...tapi... >:)







Category:  
lawak samdol


SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

============ ========= ========= =====

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat Batuk dengan lebih baik lagi

============ ========= ========= =====
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"...degil!







Category:  
Putus Cintan


Timah ingin putuskan hubungan dengan boyfriend omputihnya melelui
surat. Suratnya berbunyi begini:-

Hi, My motive write dis letter to giv know u something. I want to CUT CONNECTION us. I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes. So, I break connection to PULL MY BODY from dis luv. I hav think about dis very COOK-COOK. I know I CLAP 1 HAND only. I don trust u again! U are really CROCDILE LAND! I don want u to PLAY-PLAY with my heart. I hav been crying until no more eye water. I don want BANANA TO FRUIT 2 TIMES. SAFE WALK!

The true,

Timah

Terjemahan ayat Huruf Besar:

CUT CONNECTION - PUTUS HUBUNGAN PLAY WOOD THREE - MAIN KAYU TIGA PULL MY BODY - TARIK DIRI COOK-COOK - MASAK-MASAK CLAP 1 HAND - TEPUK SEBELAH TANGAN CROCDILE LAND - BUAYA DARAT BANANA TO FRUIT 2 TIMES - PISANG MASAK 2 KALI SAFE WALK - SELAMAT JALAN PLAY-PLAY- MAIN-MAIN







Category:  
whoahhh


salam,
genap seminggu balik dari berkursus
selepas ini kene kluar visit industri seminggu lagi
yang pasti pelajar saya bergumbira sebab takder kelas...
cukup 2 minggu takder kelas..
ntah rasa resah bila pikir nak ganti kelas..
lebih resah takut2 silibus tak sempat diabiskan..
moga semua urusan dipermudahkan olehNya..







Category:  
Promenade


salam,

ni ler ghuper otel promenade

tempat kursus...

best gak.. makan sedap, tepi laut

dekat pasar Philipine, dekat ngan Shopping Complex,

cek bagi rating 4 star jer...







Category:  
yoohaaaa


salam,


cek baru jer sosai course malam nie..

mata ni jadi segar lak tetiber.. dlm kelas td ya ampun

semacam ada pemberat atas klopak mata heheheh...

td blajar tentang pengurusan rekod .. satu tajuk yang

tak berapa nak digemari hehehe ....


ingat nak surf dpd lobby hotel td..tp biler tanyer kat kaunter tue..

rate sejam utk internet RM30 ..phuhhh bapak mahal...

baik kuar g blakang Hotel ni ader CC...

sejam baru RM 2 hehehe..at least dpt jimat...

bleh gunakan duit lebihan tu beli ikan kering ker..udang kering ker..\kuih cincin ker hehehe..

banyak g bleh beli kat KK nie heheh...


pagi sok sambung couse gik...

huhhh bertahan hingga khamis.. bleh blik PD..

kepada pelajar2 cek suma..

korang jgn banyak main yer...

gunakan masa yg ader utk update blog ker...

buat ulangkaji ker atau aper2 kejer yg berfaedah yer heheheh


udah dlu wat mlm nie..

ader masa sambung g yer...

salam...







Category:  
Outstation

assalam & salam sejahtera

adalah dgn ni cek nak maklumkan bahawa
semua kelas (Internet & Persembahan) dlm 2 minggu
( 13 - 17 Okt - Berkursus ) dan ( 20 - 24 Okt - Visit LI )
di tangguhkan. Gantian kelas akan diberitahu kemudiam.

anyway, you all jgn luperkan nak update blog yer..
kang balik nanti cek nak semak yer..
heheh jgn tenseion2 wat blog yer..nanti suma tak jadi heheh..ader masalah
bleh msg atau call cek yer...

k la yer..
cek dah bertolak ke KLIA..
plane dah tgu nak Kota Kinabalu, Sabah..
KK here i come..

you all jaga diri yer..
salam..







Category: