Like me!

Archives

maafkan cikgu yer..!


Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”

Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.







Category:  
apa nak jadi... !


sepuluh Ramadan terakhir sepatutnya dimanfaatkan dengan memperbanyakkan ibadat pada waktu malam. Namun segelintir anak muda juga sibuk berjaga malam tetapi bukan untuk beribadat, sebaliknya menyertai pesta liar.

Kumpulan anak muda Melayu itu dikesan menghiburkan diri dalam ‘parti bikini’ di sebuah disko di ibu negara, malam kelmarin.

Wartawan Metro Ahad yang menyusup masuk ke parti itu untuk memastikan kesahihan maklumat diterima mengenai aktiviti liar dan lucah itu mendapati ia bukan sekadar gimik, tetapi benar-benar berlaku.

Seumpama kelab di luar negara yang kerap menampilkan tarian wanita separuh bogel kepada pengunjung, begitu juga situasi di disko itu.
Dalam tempoh tertentu, seorang penari bergoyang di satu sudut menempatkan sebuah tiang dan seorang lagi meliuk lentok di kawasan DJ memutarkan lagu.

Pesta tidak bermoral itu terang-terangan tidak menghormati Ramadan dan melanggar syarat pemberian lesen operasi pusat hiburan.

Penganjuran parti berkenaan dikesan selepas munculnya iklan bertajuk ‘Bikini In The City Party’ (parti bikini di kota) yang diuar-uarkan hanya satu malam di laman mencari kenalan popular di Internet, Facebook.

Iklan memaparkan poster wanita berbikini itu disiarkan beberapa hari sebelum pesta berkenaan diadakan.

Berdasarkan maklumat di iklan itu, pengunjung wanita bukan saja tidak dikenakan bayaran, malah diberi minuman percuma jika hadir dengan memakai bikini.

Ternyata iklan itu berjaya mengumpan ramai ‘kaki disko’ menyertainya apabila 202 orang mengesahkan penyertaan mereka melalui Internet.

Sebelum menghadiri parti itu, wartawan Metro Ahad membuat penyamaran dengan menghubungi penganjurnya untuk membuat tempahan awal.

Dimaklumkan, parti bikini itu dibuka kepada sesiapa saja dan ia bukan pesta rahsia atau eksklusif kerana sesiapa bebas membuat tempahan.

Seperti dijadualkan dalam iklan itu, wartawan Metro Ahad menyusup masuk sekitar jam 11.30 malam kelmarin. Tiada bayaran masuk dikenakan dan pengunjung hanya perlu bayar jika menempah minuman.

Pemantauan mendapati beberapa kumpulan anak muda Melayu leka berhibur sambil meminum arak. Di atas meja mereka penuh dengan botol dan jag arak.

Masing-masing menanti kemunculan wanita berbikini seperti dijanjikan. Wartawan Metro Ahad diberitahu pelayan disko itu, parti tetap berjalan seperti dijanjikan tetapi lewat sedikit.

“Layanlah lagu dulu. Rileks abang... sekejap lagi muncullah (wanita memakai bikini). Nanti dia orang akan naik atas meja dan menari,” kata pelayan wanita berbangsa Melayu itu.

Ruang disko mulai padat apabila semakin ramai pengunjung datang. DJ pula bertanya jika ada pengunjung wanita yang hadir memakai bikini, tetapi tiada.

Kira-kira jam 11.45 malam di satu sudut, kelihatan beberapa wanita memakai bikini bersiap sedia untuk menghiburkan pengunjung.

Tepat jam 11.50 malam, dengan alunan lagu rancak dan pengumuman DJ, lima wanita terbabit naik ke atas meja dan mula mempamer tarian mengghairahkan mengikut alunan lagu sambil pengunjung tidak henti bersorak.

Umpama pertunjukan fesyen, pengunjung bebas mengambil gambar atau video sama ada menggunakan telefon atau kamera.

Tidak lama kemudian lima wanita itu berpecah dengan dua daripada mereka menari di beberapa sudut disko terbabit. Seorang di kawasan DJ memutarkan lagu dan seorang lagi di kawasan khas yang menempatkan sebatang tiang.

Limpahan cahaya menunjukkan dengan jelas liuk lentuk wanita berbikini itu menari ghairah dan sesekali membuat aksi terlampau.

Untuk tempoh 20 minit, disko itu hangat dengan aksi wanita berbikini sebelum mereka beredar meninggalkan pengunjung yang mahu persembahan mereka diteruskan.

Bagaimanapun, DJ memberitahu akan ada lagi kejutan. Selepas memutar beberapa lagu, DJ terbabit naik ke atas meja dan meminta seorang lelaki secara sukarela naik ke atas meja diikuti tiga wanita, juga secara sukarela.

Sekali lagi pengunjung dihiburkan dengan tarian mengghairahkan apabila wanita terbabit diminta menggoda lelaki itu.

DJ mengumumkan wanita bergaya paling berahi akan dipilih pengunjung sebagai pemenang menerusi sorakan paling kuat. Pemenang dipilih menerima RM150.

Hiburan diteruskan kerana seperti dijadualkan pengunjung boleh bergembira sepuas-puasnya sehingga jam 3 pagi.

Wartawan Metro Ahad berkesempatan berbual dengan beberapa pengunjung dan ternyata mereka teruja dengan penampilan wanita berbikini itu.

Seorang pengunjung yang memperkenalkan dirinya sebagai Man berkata, sukar untuk melihat pesta seperti dilangsungkan itu.

“Apabila mengetahui menerusi Facebook, saya segera mendaftar bersama beberapa rakan. Bukan senang nak tengok wanita berbikini menari ghairah di atas meja.

“Memang saya seronok. Sambil minum (arak), tengok aksi ghairah perempuan pakai bikini,” katanya separuh mabuk.

Bagi Zam yang mendakwa dirinya eksekutif, dia sememangnya gemar berhibur dan kerap menyertai beberapa parti.

“Bulan puasa pun saya berparti dan parti seperti ini memang saya tunggu sangat. Minum (arak), ‘goyang-goyang kepala’, tengok awek bikini... seronok beb.

“Tak tahulah bila disko ini nak tunjuk lagi perempuan pakai bikini sebab dalam iklan beritahu satu malam ini saja,” katanya.

Zam berkata, lebih ‘gempak’ jika ada pengunjung wanita yang datang memakai bikini seperti diuar-uarkan di dalam iklan.

“Tapi tak nampak pula pengunjung wanita datang pakai bikini. Kalau ada, memang gempak beb!” katanya. -HM







Category:  
Rahsia solat di awal waktu


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tida k asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tida k dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar s uda h mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ? Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;) Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar t ida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya . :? Kredit kepada penulis asal artikel ini.







 
Saya berpurdah bukan kerana alim atau H1N1: Rozita - Pengasas Sendayu Tinggi


Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum.

Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk. Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan.

Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja. Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama.

Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini. Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan.

Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual. Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya? Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup.

Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini. Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

sumber : suzana nana







Category:  
apa itu RON ?

Apakah yang dimaksudkan dengan RON sebenarnya?RON merupakan ringkasan dari RESEARCH OCTANE NUMBER. Octane number ini ialah ketahanan minyak tersebut sebelum ia meletup atau dengan kata lain dinyalakan.RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92.RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport.Jadi, tidak bermakna menggunakan RON95 tidak bagus untuk kereta anda. Anda boleh periksa balik minimum RON yang diperlukan untuk kereta anda.Anda boleh cek sama ada model kereta anda sesuai atau tidak dengan RON95 dalam jadual dibawah :







Dari blog teratak orang kampung.







Category:  
'Spiderman' akhirnya tawan Menara Petronas

Alain Robert, 'Spiderman' dari Perancis ditangkap hari ini selepas berjaya memanjat Menara Petronas, percubaan ketiganya untuk menawan menara tertinggi di negara ini, kata polis.

Robert, 46, mula memanjat menara setinggi 88 tingkat itu sebelum Subuh dan sampai ke kemuncaknya, sebelum disedari oleh pegawal keselamatan di situ, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman kepada AFP.

"Kita telah membawanya ke balai polis untuk disoal dan memeriksa pasportnya.

"Beliau boleh didakwa atas tuduhan menceroboh," katanya.

Percubaan pertama Robert untuk memanjat menara itu ialah pada 20 Mac 1997, dan percubaan kedua pada 2007, selepas dia dibebaskan tanpa didakwa.

Beliau yang digelar 'Spiderman' pernah memanjatkan Eiffel Tower di Paris dan Golden Gate Bridge di San Francisco.

Menara Berkembar Petronas setinggi 452 meter itu, yang siap dibina 1998, merupakan bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh antaranya Taipe 101.

Panjat dua jam

Sementara itu, Bernama pula melaporkan Robert yang memakai kemeja T gelap dan berseluar jeans, mula memanjat Menara Dua pada jam 6 pagi dan sampai ke puncaknya dalam masa dua jam.

Bagaimanapun, dia ditahan polis dan disiasat kerana kesalahan
menceroboh kerana tidak mendapatkan permit.

"Dia ditahan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh kawasan larangan dengan memanjat tanpa permit," kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman.

Robert dipercayai memasuki Malaysia pada 25 Ogos lepas dan tinggal di Hotel Mandarin Oriental yang berdekatan menara Petronas itu.


p/s Heat tul la spiderman nie.. semanat juang yg tinggi ..







Category:  
Kiamat sudah dekat ?


HADIS PALSU: PROPANGANDA YAHUDI 2012

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawal.." Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab:

"Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah S.W.T dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Anda pernah terima hadis di atas? di atas adalah potongan hadis yang telah disebarkan kepada umum sejak akhir-akhir ini. perhatian kepada kalian yang menerimanya, hadis di atas adalah PALSU dan telah disokong oleh para Ulamak! tolong jangan sebarkannya lagi! bagi anda yang telahpun menyebarkannya, diharap dapat menarik balik setiap kenyataan dan bagi yang mempercayainya, diharapkan bertaubat. juga kepada mereka yang mempercayai kiamat pada 2012, bertaubatlah segera!

Semua ini adalah rekaan dan propaganda yahudi laknatullah yang sengaja ingin menakutkan umat Islam untuk menguasai dunia. ini juga ada kaitannya juga dengan penantian mereka kepada ketua mereka iaitu Dajjal yang akan dibangkitkan ke dunia. janganlah kita terpesong dengan dakyah yahudi tersebut kerana hadis seperti di atas bukanlah kali pertama dikeluarkan. bagi meyakinkan kepada masyarakat dunia berkenaan propaganda yahudi ini, filem 2012 akan ditayangkan di seluruh dunia. tetapi yang pastinya 2012 bukanlah hari kiamat kerana ia adalah ketentuan Allah. sedangkan Nabi Muhammad tidak mengetahui bila hari kiamat akan berlaku, apatah lagi kita. apa hak kita untuk menentukannya. itu semua hak Allah. cuma kita diberikan tanda-tanda kiamat kecil dan besar untuk kita bersedia. hakikatnya, semua tanda-tanda kiamat kecil telah dan sedang berlaku dan kini hanya menunggu tanda-tanda besar kiamat pula. adakah anda sudah bersedia?

Wallahualam..







 
Senator, profesor OKU terhebat meninggal

Pakar ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal hari ini.

Menurut pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi.

Hospital itu kini dalam proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian, katanya ketika dihubungi Bernama.

Allahyarham Dr Ismail, 61, mencipta sejarah sebagai senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia.

Beliau juga ialah bekas timbalan ketua pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS).

Bapa kepada enam orang anak itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Beliau dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 Sept, 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian, antaranya, anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.

al fatihah







Category:  
Makna bacaan dalam solat ..really good info ..worth it


Allah Maha Besar


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.

Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.

Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.

Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Yang menguasai hari pembalasan.

Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah,

ampunilah daku,

Rahmatilah daku,

kayakan daku,

angkatlah darjatku,

rezekikan daku,

berilah aku hidayah,

sihatkanlah daku dan

maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.



Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.

Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.

Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.

Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.

Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.

Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.

Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.

Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.

Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.

Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.

Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.

Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.

Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.



"wahai tuhan ku,aku tak layak utk kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu ."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Sumber: arkib taman2syurga







Category:  
Makesweet

bro,
ari ni kita sambung wat tutorial lain lak..
korang teringn nak letak wajah sendiri kat mana2 tempat menarik, boleh ler cuber makesweet ni bro... rehat-rehat sambil bertutorial di bulan Ramadhan nie heheh..selamat berpuasa ..




MakeSweet adalah website same seperti Photofun cara guna pon same hanye perlu upload gamba atau text.Makesweet mempunyai banyak pilihan template yang best-best.Jadi korang jangan ketinggalan untuk menggunakanny..


Tampal gambo korang - MakeSweet(klik sini)

credit To : akusape







Category:  
agak-agak kalau melatah


Lawak saja-saja

Terdapat sebuah gunung yg digelar 'Gunung Hajat' di mana sesiapa yg terjun dari gunung itu lalu meminta sesuatu hajat, maka ia akan termakbul.

3 org pemuda telah sedaya upaya memanjat gunung itu dan akhirnya mereka sampai ke puncak. Pemuda pertama hendak menjadi seekor burung. Maka dia terjun dan menjeritkan permintaannya dan Kapushh... dia telah menjadi seekor burung.

Pemuda kedua bagaikan tidak percaya sahaja dgn apa yg dilihatnya. Dia terus terjun dan menjerit, "Aku nak jadi superman!!!". Sudah tentu, permintaannya juga dimakbulkan dan dia sempat berkata kepada pemuda ketiga, "Kenapa... tak percaya aa??"

Pemuda ketiga pun dah naik jeles dgn pemuda kedua tadi. Dia mengambil lajak beberapa tapak ke belakang dan telah memasang niat utk menjadi pesawat Stealh utk mancabar pemuda kedua. Dia pun berlari, akan tetapi dia telah tersepak seketul batu di pinggir tebing lalu melatah, "Mak nenek... ", dan terus jatuh ke bawah.

Moral: jgn suka melatah heheh...







Category:  
Pengakuan Fasha Sandha di myspace


Fasha Sandha membuat pendedahan berani kisah hidupnya terutama lelaki yang hadir dalam hidupnya. Fasha Sandha mengakui pernah menerima lamaran Faizal (bekas suami Nora Danish) yang di gelarnya Jejai tetapi Fasha menolaknya.

Begitu juga hubungannya dengan QABIL AMBAK seorang Equastrian. Dari segi bahasa Fasha Sandha beliau menyenangi Qabil dan berharap perhubungan mereka berkekalan.

Berikut antara pengakuan Fasha Sandha di dalam myspace :

KAHWIN

Iniadalah pengakuan saya yang iklas. Sepanjang hidup saya,sudah 4 kali saya dilamar untuk dijadikan isteri dan sudah 4 kali saya menerima cincin..

Lamaran pertama adalah pada tahun 2007 oleh AllyIskandar. Saya menolak secara baik walaupun mama dan keluarga sukakan Ally. Saya menolak kerana kerana saya hanya menganggap dia sebagai seorang abang. Dia terlalu baik untuk saya.

Lamaran ke2 adalah daripada seorang VVIP yg sangat dikenali dari Brunei pada pertengahan2007. Saya menolak kerana saya langsung tidak mengenali vvip tersebut.Dia seorang peminat (tak mungkin saya ingin berkahwin dengan orang yangsaya langsung tidak kenal).

Lamaran ke3 adalah daripada Jejai (bekas suami Nora) pada Januari 2009. Saya mengambil masa yang panjang untuk berfikir tentang perkara tersebut kerana terlalu banyak masalah yang akan saya hadapi sekiranya saya berkahwin dengan jejai.

Lamaran yang ke 4- pada pertengahan Mac. Siapa lelaki itu? Siapa lelaki yang akan menjadi suami saya? Insyaallah,sayaakan umumkan pada hujung tahun ni. Saya Cuma minta agar jangan diberikan sedikit masa diatas sebab2 tertentu. Saya hanya menunggu masayang sesuai . Doakan agar tidak ada aral yang akan menganggu hubungan kami. Bukan saya tidak mahu berterus terang sekarang,..saya khuatir jika saya beritahu sekarang,perkara lain pula akan jadi. Lebih elok saya umumkan apabila masa yang sebenar sudah hampir tiba. Apapun,Kita hanya mampu merancang. Tuhan yangmenentukan

CINTA

Cinta saya adalah pada kerjaya saya, keluarga saya iaitu mama,daddy,farra sandha,fasyina sandha,Daniel,elisya sandha,mahsuri,dani raiyan,amirul

Pengurus saya,Nik yasmin dan p.a saya iaitu Jane Thomas.

Sahabatkarib saya sejak dibangku sekolah lagi iaitu nana, kakak angkatsaya,Maria Farida.adik angkat saya iaitu Natasha dan jimbit, juga Kawanbaik saya saerah dan Hafiz.

Tak lupa,

Cinta sayapadaTeman2 saya di myspace yang selalu bagi semangat pada saya.Semoga ketemu lagi. Salam ramadhan. Terima kasih kerana sudi mendengar luahan hati saya.

Terima kasih juga pada bloggers yang tidak jemu2 menghentam saya. Menabur fitnah. Memburukkan saya. Selagi anda masih menulis tentang saya (samada baik atau buruk),ianya membuktikan andamasih ingin ambil tahu tentang saya. Walaupun apa yang anda tulis adakalanya membuat saya menangis,saya tetap hargai.

Thanks again,

Nur Fasha Sandha
http://www.myspace.com/angel_fasha

sumber: isuhangat







Category:  
jom khatam quran dengan mudah



Bulan Ramadahan peluang untuk kita mendapatkan ganjaran dan pahala yang banyak dari Allah SWT. Antara yang baik kita lakukan ialah bertadarus Al-Quran.

Jika kita tak berapa lancar membaca Al-Quran bolehlah mengamalkan membaca Surah Al-Ikhlas 100 kali . Tip ini dikongsikan oleh Ustaz Mursyid. Daripada kita merangkak-rangkak membaca Al-Quran dengan tajwid ke mana, tartib ke mana eloklah kita amalkan.

Bagaimana jika kita niat untuk belajar tiada masalah.

Jika kita sudah biasa mengamal membaca Al-Quran rasanya tiada masalah tetapi kalau kita sudah 10 tahun meninggalkan membaca Al-Quran nescaya merangkak-rangkak. Kalau belum bermula apa kata kita mulakan Ramadhan ini dengan membaca Al-Quran kerana sangat besar pahalanya.

Bagaimana untuk kita khatam Al-Quran dalam masa sebulan?

Hanya perlu membaca 4 setengah muka Al-Quran selepas setiap solat waktu.

4.5 X 5 X 30 = 604 muka surat. Jumlah muka surat dalam Al-Quran.

Meh kita membudayakan Al-Quran..







Category:  
‘Ramadan, Aidilfitri ini suram’



PORT DICKSON: “Sambutan Aidilfitri kali ini pasti suram apabila anak kesayangan kami tiada lagi,” kata bapa kepada Md Harul Anuar Abdul Hamid, 23, seorang daripada tiga pelajar Politeknik Port Dickson (PPD) yang terbunuh dalam kemalangan ngeri di Kilometer 21.7 Lebuhraya Seremban-Port Dickson di sini, kelmarin.Abdul Hamid Md Isa, 55, berkata beberapa hari lalu, anak lelakinya itu meminta wang RM60 kerana mahu membeli tiket bas untuk pulang berhari raya di Johor Bahru, bulan depan.

“Saya memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya tanpa mengesyaki sesuatu yang buruk bakal menimpa.“Malam tadi (kelmarin) saya mendapat panggilan telefon daripada anggota polis memaklumkan kemalangan itu,” katanya yang ditemui di Bilik Mayat Hospital Port Dickson di sini, semalam.

Menurutnya, arwah anak kedua daripada tiga beradik, seorang yang baik serta disenangi ahli keluarga dan rakan. Dia yang menetap di Taman Kempas, Johor Bahru, berkata walaupun reda dengan pemergian anaknya, namun tetap sedih kerana tragedi berlaku menjelang Ramadan dan Aidilfitri.Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, Md Harul dan dua rakannya maut, manakala seorang lagi parah selepas Proton Iswara Aeroback yang mereka naiki terbabas dan terbalik ke dalam longkang.

Dua rakannya yang maut ialah Mohd Khairul Zaman Md Yunus, 22, dari Taman Daya, Johor Bahru dan Mohd Hazir Mohamad, 22, dari Lubok Cina, Melaka. Mereka dikatakan tercampak keluar dari kereta dan mati di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala.Pemandu kereta dikenali sebagai Kamal Nirash Feroz, 22, cedera parah dan sedang dirawat di hospital.Ketika kejadian, mereka yang juga pelajar jurusan kejuruteraan politeknik berkenaan, dikatakan dalam perjalanan pulang ke Port Dickson selepas keluar membeli barang keperluan di Seremban.


butiran :

MOHD HAZZIR B MOHAMAD
06PTK08F2008
870115-04-5145
INTEGRASI SEM 6 (JKE)
Asal: Bukit Beruang, Melaka.
Jenazah di bawa ke Melaka.

MOHD KHAIRUL ZAMAN B MAT YUNUS
06PTK08F2012
871221-46-5033
INTEGRASI SEM 6 (JKE)
Asal: Tmn Daya Johor Bahru,
Jenazah di bawa ke Jerteh , Terengganu.

MD HARUL ANUAR B ABD HAMID
06PTK08F2011
860508-23-6699
INTEGRASI SEM 6 (JKE)
Asal: Tmn Kempas Johor Bharu.
Jenazah dibawa balik ke Johor.







Category:  
Rebut peluang, kaya dibulan Ramadhan


Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.


Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala


Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala


Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala


Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala



Mari kita tukarkan dalam bentuk rm.


Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh allah swt rm 1.00Solat fardhu berjemaah diganjarkan allah swt rm 27.00


Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 270.00


Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu rm 18,900.00


Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 94,500.00 satu hari!!!Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan rm 2,835,000.00Wow!


Masya allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hariSahaja!!!!Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka allah akan memberikan pahala atas setiapnya.


Sahabat pun Bertanya satu perkataan satu pahalakah?Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala.


Wow!!! Bila kita baca al-quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam rm Berapakah jumlahnya?Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat,puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?


Sesungguhnya allah swt itu teramat maha pemurah dan maha kaya. Tidak ada Mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan Lain lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!!


Ayuh Ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan jangan Lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup sampai.Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin didunia dan miskin di akhirat!Mengapa?Alah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa (diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.


Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, master in business admin (mba) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!*sesungguhnya rm1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu.


Renungkanlah.Wallahu'alam.Selamat berpuasa,Selamat beramal,Semoga ramdhan ini memberi satu makna kepada kita. Rebutlah peluang yang hadir setahun sekali ini sahaja. Mungkinkah ini ramdhan terakhir buat kita tak siapa yang tahu.......







Category:  
Soalan-soalan lazim


* Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya: "Tunggu bas ke?" Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye"

Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya: "Ko nak mandi ke?"
Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang kejap, ko nak join?"

* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur: "Aik? tulis surat nampak?"
Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan aku bergerak sendiri"

* Anda sedang makan nasik dan orang tegur: "Makan nasik?"
Jawab : " Mata ko buta ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?"

* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer: "Baru balik dari keje?"
Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi keje lah nie...opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"

* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur: "Eh kau sibuk ke?"
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia pastu kompang siket pipi dia.

* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer: "Eh citer melayu ke?"
Jawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro menentang Raksaser dari Planet X...ko tunggu jap nanti otromen kuar".







Category:  
Hadiah utk ayang..


Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari jadi Ayang ni. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”.

“Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab suaminya sambil membisik manja. Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar-debar penuh rasa excited si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan-lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: “Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya“...

hahahah...
selamat berpuasa yer..







Category:  
selamat berpuasa


Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa mulai Sabtu ini,
kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah
melalui siaran langsung di TV1 malam ini.

wa pun nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua pelayar sharing is caring, semoga di ramadhan kali ini kita dapat bersama-sama mendekatkan diri pada Allah, wallahualam.







Category:  
al-fatihah

Pengumuman Kilat


DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA 3 ORANG PELAJAR KITA TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH MANAKALA SEORANG CEDERA PARAH DI DALAM INSIDEN KEMALANGAN JALANRAYA DI LEBUHRAYA PD-SEREMBAN KM 21 JAM 8.00 MALAM SEMALAM.


JENAZAH KETIGA-TIGA PELAJAR TERSEBUT MASIH BERADA DI HOSPITAL PORT DICKSON DAN DIJANGKA AKAN DIBAWA PULANG KE RUMAH
MASING-MASING SELEPAS SELESAI URUSAN POST-MORTEM DILAKUKAN. SEMOGA ROH MEREKA DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA ORANG YANG DIREDHAI OLEH ALLAH.


PELAJAR YANG MENINGGAL ADALAH DARI JKE
PELAJAR INTEGRASI

NAMA PELAJAR

KHAIRUL ANWAR BIN ABD HAMID
MOHD AZZAIR BIN MOHD
MOHD KHAIRUL ZAMAN BIN MOHD YUNUS

NAMA PELAJAR CEDERA PARAH
KAMAL NIVASH BIN FEROZ


al-fatihah







Category:  
Santai Bola

bro,
kita rehat ler dulu dpd isu-isu berat nie...
meh kita layan citer lawak nie dulu...

Ada 26 orang gila, mereka mahu diuji kesihatan mentalnya di Amerika.

Mereka diangkut menggunakan pesawat Hercules yang besar!

Sewaktu di udara,orang- orang gila itu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Si kapten marah dan menyuruh co-pilot untuk menenangkan mereka.

"Hoi! Bising la korang ni! Jangan maen bola di dalam pesawat, bahaya! bentak co-pilot kepada orang-orang gila.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-lama si kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk cek ke belakang.

Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah hidup! (setengah mati juga, sama aja kan ). Orang gilanya tinggal empat orang! "Hei, ! Kenapa tinggal berempat? Yang lain ke mana?"

"Abisnya tak boleh main bola di dalam kapal. Mereka jadi main bola di luar.."

"Hah?! tapi, kenapa korang ada di dalam?"

"Kan kitaorang pemain simpanan!"

huhuhu







Category:  
15 Sebab Bencana Menimpa Manusia


Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Wallahualam







Category:  
Mungkinkah kita selepas ini ?


BUKIT MERTAJAM: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika langkah pencegahan tidak diambil secara serius oleh orang ramai.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kajian WHO juga menjangkakan penularan wabak itu mungkin berlarutan antara enam bulan hingga setahun lagi.

"Kajian itu menyebut bahawa jika penularan virus H1N1 di sesebuah negara tidak berjaya ditangani dengan berkesan, 20 peratus penduduknya akan terdedah dengan jangkitan virus itu," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bukit Mertajam di sini hari ini.

Katanya wabak itu dijangka merebak lebih cepat pada musim tengkujuh.

"Pada musim tengkujuh, kita lebih terdedah dengan selesema, batuk-batuk dan demam. Tempoh ini amat penting untuk semua rakyat mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak mengambil mudah isu kesihatan," katanya.

Liow berkata kajian WHO juga menunjukkan jumlah sebenar penduduk yang dijangkiti H1N1 adalah 20 kali ganda daripada jumlah pesakit yang direkodkan menerima rawatan akibat jangkitan virus tersebut.

"Ini bermakna jika kita merekodkan 3,574 kes jangkitan H1N1 setakat ini, jumlah sebenar yang dijangkiti adalah sekitar 70,000 orang," katanya. BERNAMA







Category:  
Akhil – Waheeda selamat diijabkabul

Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Zulhairi Jaid sekitar pukul 12 tengah hari. Pada majlis itu, Waheeda menerima mas kahwin berjumlah RM 80 serta tujuh dulang hantaran berbalas 11 dulang oleh pihaknya.

Tiada wang hantaran diberikan, sebaliknya Waheeda dan ibubapanya hanya meminta senaskhah Al-Quran daripada pihak lelaki.

Akhil yang ditemui sejurus selepas majlis pernikahan itu melahirkan rasa syukur dan berharap perkahwinan ini mampu menjadi penutup kepada segala kontroversi yang melanda dirinya dan Waheeda selama ini.

“Jodoh dan pertemuan adalah urusan Allah. Sebelum ini pun, terlalu ramai yang bertanya bila kami akan berkahwin. Jadi hari ini, kami buktikan dan berharap ia dapat menutup segala spekulasi.


“Selebihnya, terserahlah kepada masyarakat kerana manusia boleh bercakap apa saja. Apa yang boleh saya katakan, ini bukan secara kebetulan dan bukan juga satu perancangan sangat pun.

“Sebelum ini, memang saya bercakap pada media bahawa saya senang dengan Waheeda. Cuma, untuk menggerakkannya ke arah itu (cinta), saya hanya serahkan kepada Allah.

“Tetapi, mustahil lah perkahwinan ini terjadi kalau bukan kerana cinta. Allah bukakan hati saya untuk menerima Waheeda dan dia ditakdirkan menjadi isteri saya.

“Insya-allah, saya akan cuba sebaik mungkin untuk membimbing Waheeda dan anak-anak,” kata Akhil.

Menurutnya lagi, jika mengikut perancangan awal, dia ingin melangsungkan pernikahan pada 21 Ogos.


“Jika ikutkan, saya rancang untuk bernikah pada 21 Ogos, malam sebelum Ramadan dan semua tetamu boleh bersembahyang Tarawih bersama-sama.

“Tetapi bila melihat tarikh 16 Ogos ini lebih memudahkan keluarga dan saudara-mara lain untuk datang, jadi kami pilih saja tarikh hari ini,” ujarnya.

Kontroversi yang melanda mereka berlarutan sejak dua tahun lalu apabila mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab menjadi isteri kedua Akhil. Ketika itu, masing-masing menafikan tentang perkara tersebut dan menegaskan mereka hanya berkawan baik.

Namun, kisah itu semakin panas sekitar Mei lalu apabila isteri Akhil, Maizawati Zainal mengaku tentang pergolakan rumahtangga mereka dan Waheeda turut dikaitkan sebagai punca tersebut.

Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda ketika itu kerana katanya, Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusimedia.

Maizawati kemudiannya mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru. Dia dan Akhil akhirnya sah bercerai dengan talak satu pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.

Menerusi perkahwinannya dengan Maiza, mereka dikurniakan empat orang anak.

Ditanya sama ada bekas isterinya itu turut mengetahui tentang perkahwinannya dengan Waheeda, kata Akhil:

“Saya tidak mahu komen. Dia tidak ada kena-mengena.”

Dalam pada itu, Waheeda juga melahirkan rasa syukur kerana telah sah bergelar isteri setelah hebat dilanda kontroversi selama ini.

“Saya tidak mahu bercakap tentang kontroversi. Bagi saya, lebih banyak benda lain yang patut difikirkan. Saya mengambil nasihat Dr.Fadzilah Kamsah yang pernah cakap pada saya, cabaran yang dilalui sebenarnya akan diberikan ganjaran yang besar kelak.

“Perkahwinan ini juga adalah untuk merapatkan hubungan ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Kami juga tidak akan pergi berbulan madu, tetapi akan menggunakan masa yang ada untuk melawat saudara-mara.

“Saya juga telah bersara dari dunia seni dan ingin memberikan tumpuan pada suami dan anak-anak,” kata Waheeda yang juga bersedia untuk menimang cahayamata sendiri jika dikurniakan rezeki.

Ditanya mengapa pihaknya hanya meminta senaskhah Al-Quran sebagai pengganti wang hantaran, ujar Waheeda, dia berpendapat perkara itu lebih afdal kerana Al-Quran adalah pelengkap segala-galanya.

“Ini memang permintaan bapa saya juga. Lagipun, saya tidak mahu perkahwinan ini membebankan sesiapa. Malah, saya dan Akhil memang sentiasa berpegang kepada Al-Quran dalam kehidupan,” katanya yang juga menafikan majlis itu dibuat secara ‘rahsia’.

“Majlis ini dibuat di sini kerana kawan Akhil ingin menikahkan kami sendiri. Kami juga tidak merahsiakan perkahwinan ini dari media kerana kami turut menjemput rakan-rakan media yang rapat dengan kami.

“Lagipun, keluarga dan saudara-mara di sebelah saya dan Akhil ramai yang hadir hari ini. Insya-allah, kami akan adakan sebuah resepsi pada 31 Oktober nanti di Dewan Bukit Jelutong, Shah Alam dan akan jemput lebih ramai tetamu,” katanya.

Sebuah lagi resepsi di Gopeng, Perak juga akan dibuat seminggu kemudiannya.







Category:  
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan



Assalamualaikum ,

Kepada semua kenalan yang dihormati dan dikasihi,

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih Ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah Kita
Bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat Dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah Dan para sahabat , Dan dilakukan pada Hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya Ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga Kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati Dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

SELAMAT BERPUASA ..........................

source: cina islam







Category:  
Glory Arsenal


EPL kembali lagi
wa sangup senggang mata nak tengok game arsenal vs everton
seperti biasa arsenal mempamerkan permainan bola yang cantik huhh..
Arsenal delivered a powerful message to the rest of the Premier League by thrashing Everton 6-1 at Goodison Park. Goals from Denilson, Vermaelen, Gallas, Fabregas (x2) and Eduardo destroyed an Everton team who could only muster an inury-time Saha goal ...
Glory glory glory the Gunners..







Category:  
Mcm mana nak jadi bijak ?


Macam Mana Nak Jadi Bijak?
Rasululllah adalah manusia paling pandai dan bijak dalam sejarah peradaban manusia. Kalau nak pandai dan bijak macam Rasulullah, kena ikut sunnah baginda.

- Kurma dan susu adalah makanan rutin Rasulullah.

- Rasulullah tidak menggalakkan makan makanan yang bercampur ikan dan daging/ayam.

- Sunnah ketika makan: makan buah dahulu (Rasulullah makan kurma dahulu sebelum makan benda lain. Kita hanya mengamalkan sunnah ini pada ketika bulan puasa sahaja sedangkan amalan sunnah patut diamalkan sampai bila2.)

- Merokok hukumnya HARAM. Sapa suruh merokok.

- Dua faktor yang menjadikan seseorang itu bijak. Pertama: Bahasa dan Kedua: Cuaca, bahasa terbaik dipelajari untuk nak jadi pandai ialah bahasa Arab.

- Sunnah Rasulullah dalam sukan ialah bermain pedang, menunggang kuda dan memanah.

- Nak jadi bijak, banyakkan solat. Pandai dan bijak itu adalah sifat Allah. Manusia tak pandai, manusia tak bijak. Allah yang pinjamkan kebijaksaanNya kepada manusia untuk manusia jadi bijak dan genius. Manusia yang paling genius dalam dunia hanya dipinjamkan oleh Allah tak sampai 0.1% daripada kebijaksaan Allah SWT.

- Untuk jadi mulia disisi Allah, untuk berjaya dunia dan akhirat, untuk tidak dizalimi oleh musuh... kuncinya hanyalah TAQWA dan IMAN.

- Nak jadi org bertaqwa dan nak dapat hidayah dan iman bukan hanya duduk kat rumah buat ibadah.

- Penternak ayam takkan tahu betapa busuknya reban ayamnya kerana setiap hari asyik duduk dalam reban ayam sehingga hidungnya sudah lali dengan bau busuk tersebut. Cuba keluar dari reban selama beberapa jam, kemudian masuk balik. Nescaya kebusukkannya akan menucuk hidung.

- Sama macam kita. Kalau tak keluar pergi buat dakwah kita takkan tahu alangkah nipisnya iman kita. “Alah... aku solat tak pernah tinggal, puasa tak pernah miss, zakat pon aku bayar, kira beriman lah tu...” Adakah itu yang anda fikirkan? Internet down atau server down setengah jam pon dah mula merah padam muka takut income tak masuk. Itulah betapa lemahnya iman kita.

- Rakyat palestin dibunuh bukan sebab Yahudi tuh jahat. Rakyat palestin dibunuh sebab kita tinggalkan kerja agama. Kerja yang Nabi bagi kat kita. Orang jahat dilahirkan dan diberi fitrah untuk berbuat jahat, maka mereka buat jahat. Kita ni... dilahirkan sebagai umat Nabi untuk fitrah buat kerja Nabi, adakah kita ikut buat kerja Nabi??? Tugas kita untuk dakwah org jahat supaya berubah dan membuat kebaikan. Adakah kita nak salahkan ibu mengandung kerana melahirkan orang2 yahudi yang jahat?

- Adakah semua yahudi itu jahat? Adakah yahudi itu kalau jahat, dia akan jahat selama-lamanya sampai dia mati?

- Kita ni, dilahirkan sebagai org Islam, adakah kita ni confirm akan mati sebagai Islam jugak dan masuk syurga? Adakah orang kafir akan mati sebagai kafir dan masuk neraka?

Atas maksud itu kita kena buat kerja, rakan2ku. Kerja agama. Kerja Nabi SAW. Yahudi kejam sebab kita tak buat kerja dakwah ke atas mereka.

wallahualam







Category:  
6 perkara yg Allah sembunyikan


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmuitu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.' Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?' Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikansyurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...' Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: 'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ' Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan..... .' Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan.... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S..W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

source: cina islam







Category:  
Bukan kerja mudah tutup IPTA kekang penularan wabak

KUALA TERENGGANU 14 Ogos - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak akan mengambil jalan mudah menutup institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi mengekang penularan selesema babi atau influenza A (H1N1) yang semakin serius.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, walaupun ia salah satu daripada beberapa pilihan yang wajar diambil, namun beliau percaya 'bukan kerja mudah' untuk berbuat demikian.

Melainkan katanya, kementerian sudah mendapat arahan berdasarkan garis panduan tertentu daripada Kementerian Kesihatan berhubung perkara itu.

''Hubungan antara Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Kesihatan memang sentiasa rapat dan pelbagai usaha dilakukan berasaskan garis panduan yang ditetapkan untuk menangani H1N1.

''Penutupan universiti kita (IPTA) adalah satu daripada pelbagai pilihan. Kita tak mahu ambil jalan mudah untuk tutup universiti-universiti ini,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.

Hadir sama Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Aziz Deraman.

Beliau diminta mengulas tindakan kementerian dalam menangani penularan wabak H1N1 yang semakin serius melanda negara sekarang termasuk di institusi-institusi pengajian tinggi.

Khaled juga memberi jaminan bahawa penularan wabak H1N1 di IPTA setakat ini terkawal kerana pelbagai langkah pencegahan telah dilakukan.

Menurutnya, paling mustahak setiap warga kampus perlu mempunyai kesedaran dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing bagi mencegah wabak tersebut daripada merebak.

Pada masa sama jelasnya, pihak pentadbiran universiti juga perlu sentiasa memantau pelajarnya dan jika ada yang mempunyai simptom penyakit itu, mereka dinasihati segera mendapatkan rawatan.

''Kita harap universiti sentiasa pastikan setiap pelajar yang ada simptom dan sakit walaupun sedikit, kena cepat-cepat jumpa doktor, jangan tunggu lagi,'' ujarnya.







Category:  
Param meninggal sakit jantung



KUALA LUMPUR 14 Ogos - Pelakon dan pelawak terkenal tanah air, P. Paramasivam yang lebih dikenali sebagai Param, meninggal akibat serangan jantung hari ini.

Mendiang yang berusia 55 tahun meninggal sewaktu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dari rumahnya di Taman Setia Gombak untuk menerima rawatan, awal pagi ini.

Beliau yang pernah membintangi beberapa buah drama televisyen dan filem sekitar tahun 1970-an dan 1980-an, mengalami sakit jantung sejak 15 tahun lalu.

Menurut kakak sulungnya, P. Sara, dia dan adik-adiknya yang lain reda dengan pemergian mendiang meskipun terkejut menerima kematian adiknya itu.

Menceritakan saat-saat sebelum mendiang meninggal dunia, Sara berkata, kesihatan adiknya sejak beberapa hari lalu amat baik, cuma pagi ini dia mengadu sesak nafas.

"Melihat keadaannya yang semakin tenat, saya dan adik kembar mendiang, Parameshvari segera membawanya ke hospital. Bagaimanapun belum sempat tiba di hospital, adik saya sudah tidak bernafas lagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman mereka hari ini.

Berita kematian mendiang itu mengejutkan peminat seni hiburan tanah air. Ia berlaku sehari selepas industri seni tempatan kehilangan penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani, Mohd. Asri Ibrahim yang meninggal dunia semalam, juga akibat serangan jantung.

Menurut Sara, mendiang pernah berpesan kepadanya supaya menjaga diri baik-baik sekiranya beliau sudah tiada di dunia nanti.

"Mendiang juga berpesan, jika beliau sudah tiada, tunjukkan pada wartawan yang hadir pada majlis penghormatan terakhir, albumnya semasa zaman dia bergelar pelakon dan pelawak suatu ketika dulu," katanya sebak.

Mayat mendiang yang merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik dan masih belum berkahwin, tiba di rumahnya dari HKL kira-kira pukul 1 petang ini.

Mendiang akan disemadikan di Krematorium Hindu Cheras, Ahad ini kerana menunggu tiga orang lagi kakaknya dari Paris dan London yang dijangka tiba selewat-lewatnya petang esok.

Mendiang mula mencipta nama bersama beberapa barisan pelakon tempatan antaranya, A. R Badul, Datuk Yahya Sulong, Allahyarham Yusni Jaafar dan Allahyarham R. Jaafar.

Kali terakhir mendiang muncul di layar perak ialah dalam filem Penyamun Tarbus sekitar tahun 1980-an. Filem-filem lain yang turut dibintangi mendiang ialah Si Luncai, Si Badul dan Anak Tunggal.

Sementara itu seorang jiran mendiang, Affendi Jusuh, 36, berkata, mendiang dilihat masih dalam keadaan sihat semalam dan sempat bersiar-siar di taman bersama orang gajinya.

"Mendiang boleh dikatakan seorang yang sangat periang dan peramah.

"Sebaik sahaja mendapat tahu berita kematian mendiang pagi ini, saya amat sedih, bukan sahaja sebagai jiran, malah sebagai seorang peminatnya sejak dulu lagi," katanya.

p/s bro, wa memang suka layan cite komedi param ni dulu-dulu.. buat keluarga Param, Takziah








Category:  
Nota Marketing 2 P2701

kepada pelajar yang mengambil modul Marketing 2 (P2701) DPR2S1 semester ini, boleh la mendapatkan nota dengan meng'click' link di bawah ini :

http://www.4shared.com/file/124924835/f20df436/Advertising.html
http://www.4shared.com/file/124924940/cce4fc49/Analisis_pesaing.html
http://www.4shared.com/file/124924948/c23f747b/BASIC_COMPETETIVE.html
http://www.4shared.com/file/124924990/794a8204/DISTRIBUTION_CHANNELS.html
http://www.4shared.com/file/124925129/55cdd5b6/Price.html
http://www.4shared.com/file/124925285/a4d2cf4e/PRODUCT2.html

Moga-moga bermanfaat..berbaloi-baloi..







Category:  
Mukjizat Basmallah


Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. ' KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH :

Ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi).

Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (AL Muddatsir : 30). Ibnu Mas'ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.

Tiap-tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.

Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.







Category:  
Tugasan Internet dsk1s2

salam,untuk pelajar-pelajar dsk1s2,

sila click link dibawah ni untuk mendapatkan tugasan 1 yer...

http://www.4shared.com/file/124047244/7d26dc37/Tugasan_1_p3805.html

Butiran lanjut akan disampaikan dalam kelas

TQ

berbaloi-baloi...







Category:  
Ust Asri, Ketua Rabbani Meninggal


Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung. Kumpulan Rabbani telah ditubuhkan pada 1 March 1997.

Rabbani yang bermaksud Yang Arif dan Yang Soleh bermatlamat untuk menyeru diri, keluarga dan masyarakat kearah kebaikan. Rabbani telah melahirkan 16 album kesemuanya.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan. Takziah kepada balu dan anak-anak Allahyarham.

Alfateha.







Category:  
Nota Harga ( P3705 )


kepada pelajar Pemasaran, DPR3S3 PPD yang mengambil modul P3705 pada semester ini, bolehlah memindah turun (download) nota-nota berkenaan harga dengan meng'click' link-link di bawah ini.













Moga-moga bermanfaat !







Category:  
Kaitan H1N1 dengan homoseksual dan onani

H1N1 semakin meruncing, ada spekulasi dari blogger yang mengatakan wabak H1N1 ini boleh menghapuskan populasi manusia sehingga 20%!

Tidak boleh dinafikan wabak H1N1 ini adalah satu bala Allah kepada umat manusia kerana berlaku perkara mungkar. Jika AIDS yang sehingga kini menimpa kerana perbuatan mungkar zina,homoseksual dan dadah, wabak selsema babi ini juga mudah berlaku kepada mereka yang membuat kemungkaran.

Petikan dari Metro, kelmarin:
KUALA LUMPUR: Kegiatan homoseksual dan onani perlu dielakkan kerana ia langkah pencegahan yang boleh diambil seseorang bagi mengelakkan jangkitan Influenza A (H1N1), kata seorang pengamal terapi pelengkap, Dr V M Palaniappan.Katanya, apabila seseorang itu terbabit dalam kegiatan itu, tubuh seseorang lelaki atau wanita akan menghasilkan geseran haba yang mengeluarkan asid menyebabkan peningkatan keasidan dalam tubuh dan boleh menjadi sasaran mudah bagi jangkitan H1N1.

Allah kalau menurunkan bala bukan hanya kepada yang membuat kemungkaran tetapi semua kena tak kira manusia itu beriman atau tidak. Tidak dinafikan kegiatan tidak bermoral seperti homo,lesbian dan onani semakin tenat sekarang ini lebih-lebih lagi setelah di zaman internet sekarang.

So marilah kita sama-sama amal makruf nahi mungkar. Kawal la kegiatan tidak bermoral ni sebelum semakin parah dan menimpa ke atas anak-anak kita.

wallahualam







Category:  
info yang perlu anda tahu ttg H1N1


Apa itu H1N1?viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.


Jangka hayat virus


Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.


Apa yg perlu tahu ?


Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico.Virologi virus H1N1 incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.


Cara seranganVirus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi.


Siapa yang berisiko


1.orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemok

2. perempuan yg mengandung

3 .orang yg ada astmatic

4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)


* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas



Simptom2


day 1 - rasa kurang sihat, tak bermayaday

2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)day

3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafasday

4 - sakit dada yg teruk....... .jumpa doktor dengan segera..... .day

5 and above lung collapse @ koma



Langkah2 kawalan


1 - golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)

2 - menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3 - elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4 - jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5 - jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)

6 - utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.

7 - jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8 - jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.

9 - tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!! !!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.

10 - vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.

11 - utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12 - tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini.


Sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.Amin.Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m'siadi Pan Pasific Klia pada 01.08.2009.







Category:  
hadkan aktiviti kampus ?


salam bro,

lagi berita mengenai H1N1, kali ni dpd menteri pengajian tinggi lak untuk menghadkan aktiviti luar dan dalam di mana-mana IPT, kalau kes wabak ni makin teruk tunggu masa jer semua IPT akan diberi cuti wabak hehe... apapun mohon kita semua dijauhi dan dilindungi dpd wabak tersebut..amin.







Category:  
Rompakan dalam lif


Dari rakaman CCTV. Rompakan dalam lif di KL, berhati-hatilah terutama wanita. Sebaiknya elakkan naik lif bersendirian. Kalau tak yakin masuk dlm lif tue sorang-sorang baik tak ya...pepun mohon keselamatan pada kita semua yer, baik dr rompakan ker ragut ker, wabak H1N1 ker... doal-doa ler bro..







Category: