Like me!

Archives

gelek gelek nobody !!



so cute...!







Category:  
nobody but you


perghhhhhhhhh...
apa daa.. macam2 dah video versi nobody nie...
mcm2 gelek ada... yang pasti boleh buat kiter kuar air mata dibuatnyer.. kelakar jer..







Category:  
apa nak jadi ?


The police have arrested a man and his teenage wife in connection with the sodomy and murder of their infant son in Sungai Buloh.The couple, aged 33 and 19, were picked up at a Muslim cemetery on Monday, following the funeral of the five-month-old victim.They have been remanded until Feb 12 to facilitate investigations into the murder.


Initial police investigations have revealed that the infant was physically abused and sodomised before succumbing to his death.Petaling Jaya police chief ACP Arjunaidi Mohamed said today that on Monday, the teenager lodged a report at the police beat base of the Sungai Buloh Hospital over the death of their only child







Category:  
Prius ??


SSyarikat Toyota akan memanggil semula 300,000 kereta Prius hibrid ekoran masalah brek, lapor beberapa buah akhbar semalam.Berita itu merupakan tamparan hebat terhadap syarikat gergasi Jepun itu yang menghadapi masalah keselamatan sehingga mencemarkan reputasi syarikat berkenaan.Tindakan memanggil balik itu akan menjejaskan model Prius iaitu sebuah kereta yang disayangi oleh bintang-bintang Hollywood dan aktivis alam sekitar.


Masalah kereta Prius itu merupakan tamparan terbaru terhadap Toyota selepas ia memanggil semula lapan juta unit kereta di seluruh dunia kerana masalah pedal minyak yang tersangkut pada karpet kenderaan.Akhbar Yomiuri Shimbun melaporkan bahawa tindakan memanggil balik Prius dibuat untuk membaiki program perisian selepas sistem brek antikunci yang dicipta untuk mengelak kereta tergelincir dijangka menjejaskan kira-kira 270,000 kenderaan di Jepun dan Amerika Syarikat (AS)."Pihak syarikat telah memberitahu pihak pengedar di Jepun bahawa ia akan memanggil semula model baru Prius yang dijual di negara ini."Syarikat akan turut membaiki perisian tanpa sebarang bayaran di AS dan lain-lain negara," lapor akhbar berkenaan.


Akhbar itu melaporkan pihak syarikat akan membuat pengumuman rasmi pada minggu ini.Sementara itu, akhbar Nikkei melaporkan syarikat Toyota akan membaiki kira-kira 30,000 kenderaan yang dijual di Eropah, China, Australia, Asia Barat dan beberapa wilayah lain.Syarikat Toyota yang merupakan pembuat kereta No.1 dunia telah menjual lebih 300,000 model terbaru Prius di 60 buah negara sejak model terbaru dikeluarkan pada Mei lalu.


Kementerian Pengangkutan Jepun melaporkan ia menerima kira-kira 80 aduan pada bulan ini berhubung masalah brek tidak berfungsi selain meminta satu siasatan dilakukan.Media tempatan melaporkan lima kes yang dilaporkan kepada kerajaan mempunyai kaitan dengan kemalangan.Syarikat Toyota yang menyingkirkan General Motors untuk menjadi pembuat kereta No.1 dunia itu mengeluarkan 530,000 unit kereta hibrid pada 2009. - AFP







Category:  
Fakta Benar



1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca koleksi terbaik ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. ehehehehhehehehehe eh…..Sentuh la telinga korang dgn siku sampai ia kena…….Tak normal la korang maknanya







 
Jgn bersedih ..


"Barangsiapa yang oleh Allah dikehendaki menjadi baik maka ia akan diuji oleh-Nya." (Al Hadits)


Karena itu, jangan pernah merasa gundah dan bersedih dikarenakan suatu penyakit, kematian yang semakin dekat, kerugian harta, atau rumah terbakar.

Betapapun, sesungguhnya Sang Maha Pencipta telah menentukan segala sesuatunya dan takdir telah bicara. Usaha dan upaya dapat sedemikian rupa, tetapi hak untuk menentukan tetap mutlak milik Allah.

Pahala telah tercapai, dan dosa sudah terhapus. Maka, berbahagialah orang-orang yang tertimpa musibah atas kesabaran dan kerelaan mereka terhadap Yang Maha Mengambil, Maha Pemberi, Maha Mengekang lagi Maha Lapang.

-Sumber: La Tahzan! (Aidh Al-Qarni)







Category:  
Larangan pd wanita..



30 Larangan Kepada Wanita

1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai bomoh, dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

wallaualam..







Category:  
Hibernisasi


huhhh...
nak bersawang blog nie... dek lama tak diupdate hehehe..
pucukpaku dok berhibernisasi hehehe mcm beruang kutub jer heheh..
apapun... beruang dah keluar dpd gua nie ... kuar mencari makanan
untuk meneruskan kehidupan heheheh....
insya allah sementara musim baik hari baik ni semuanya akan baik ...
bersama-sama la kita berdoa untuk kebaikan semua ..amin







 
maafkan cikgu yer..!


Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”

Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.







Category:  
apa nak jadi... !


sepuluh Ramadan terakhir sepatutnya dimanfaatkan dengan memperbanyakkan ibadat pada waktu malam. Namun segelintir anak muda juga sibuk berjaga malam tetapi bukan untuk beribadat, sebaliknya menyertai pesta liar.

Kumpulan anak muda Melayu itu dikesan menghiburkan diri dalam ‘parti bikini’ di sebuah disko di ibu negara, malam kelmarin.

Wartawan Metro Ahad yang menyusup masuk ke parti itu untuk memastikan kesahihan maklumat diterima mengenai aktiviti liar dan lucah itu mendapati ia bukan sekadar gimik, tetapi benar-benar berlaku.

Seumpama kelab di luar negara yang kerap menampilkan tarian wanita separuh bogel kepada pengunjung, begitu juga situasi di disko itu.
Dalam tempoh tertentu, seorang penari bergoyang di satu sudut menempatkan sebuah tiang dan seorang lagi meliuk lentok di kawasan DJ memutarkan lagu.

Pesta tidak bermoral itu terang-terangan tidak menghormati Ramadan dan melanggar syarat pemberian lesen operasi pusat hiburan.

Penganjuran parti berkenaan dikesan selepas munculnya iklan bertajuk ‘Bikini In The City Party’ (parti bikini di kota) yang diuar-uarkan hanya satu malam di laman mencari kenalan popular di Internet, Facebook.

Iklan memaparkan poster wanita berbikini itu disiarkan beberapa hari sebelum pesta berkenaan diadakan.

Berdasarkan maklumat di iklan itu, pengunjung wanita bukan saja tidak dikenakan bayaran, malah diberi minuman percuma jika hadir dengan memakai bikini.

Ternyata iklan itu berjaya mengumpan ramai ‘kaki disko’ menyertainya apabila 202 orang mengesahkan penyertaan mereka melalui Internet.

Sebelum menghadiri parti itu, wartawan Metro Ahad membuat penyamaran dengan menghubungi penganjurnya untuk membuat tempahan awal.

Dimaklumkan, parti bikini itu dibuka kepada sesiapa saja dan ia bukan pesta rahsia atau eksklusif kerana sesiapa bebas membuat tempahan.

Seperti dijadualkan dalam iklan itu, wartawan Metro Ahad menyusup masuk sekitar jam 11.30 malam kelmarin. Tiada bayaran masuk dikenakan dan pengunjung hanya perlu bayar jika menempah minuman.

Pemantauan mendapati beberapa kumpulan anak muda Melayu leka berhibur sambil meminum arak. Di atas meja mereka penuh dengan botol dan jag arak.

Masing-masing menanti kemunculan wanita berbikini seperti dijanjikan. Wartawan Metro Ahad diberitahu pelayan disko itu, parti tetap berjalan seperti dijanjikan tetapi lewat sedikit.

“Layanlah lagu dulu. Rileks abang... sekejap lagi muncullah (wanita memakai bikini). Nanti dia orang akan naik atas meja dan menari,” kata pelayan wanita berbangsa Melayu itu.

Ruang disko mulai padat apabila semakin ramai pengunjung datang. DJ pula bertanya jika ada pengunjung wanita yang hadir memakai bikini, tetapi tiada.

Kira-kira jam 11.45 malam di satu sudut, kelihatan beberapa wanita memakai bikini bersiap sedia untuk menghiburkan pengunjung.

Tepat jam 11.50 malam, dengan alunan lagu rancak dan pengumuman DJ, lima wanita terbabit naik ke atas meja dan mula mempamer tarian mengghairahkan mengikut alunan lagu sambil pengunjung tidak henti bersorak.

Umpama pertunjukan fesyen, pengunjung bebas mengambil gambar atau video sama ada menggunakan telefon atau kamera.

Tidak lama kemudian lima wanita itu berpecah dengan dua daripada mereka menari di beberapa sudut disko terbabit. Seorang di kawasan DJ memutarkan lagu dan seorang lagi di kawasan khas yang menempatkan sebatang tiang.

Limpahan cahaya menunjukkan dengan jelas liuk lentuk wanita berbikini itu menari ghairah dan sesekali membuat aksi terlampau.

Untuk tempoh 20 minit, disko itu hangat dengan aksi wanita berbikini sebelum mereka beredar meninggalkan pengunjung yang mahu persembahan mereka diteruskan.

Bagaimanapun, DJ memberitahu akan ada lagi kejutan. Selepas memutar beberapa lagu, DJ terbabit naik ke atas meja dan meminta seorang lelaki secara sukarela naik ke atas meja diikuti tiga wanita, juga secara sukarela.

Sekali lagi pengunjung dihiburkan dengan tarian mengghairahkan apabila wanita terbabit diminta menggoda lelaki itu.

DJ mengumumkan wanita bergaya paling berahi akan dipilih pengunjung sebagai pemenang menerusi sorakan paling kuat. Pemenang dipilih menerima RM150.

Hiburan diteruskan kerana seperti dijadualkan pengunjung boleh bergembira sepuas-puasnya sehingga jam 3 pagi.

Wartawan Metro Ahad berkesempatan berbual dengan beberapa pengunjung dan ternyata mereka teruja dengan penampilan wanita berbikini itu.

Seorang pengunjung yang memperkenalkan dirinya sebagai Man berkata, sukar untuk melihat pesta seperti dilangsungkan itu.

“Apabila mengetahui menerusi Facebook, saya segera mendaftar bersama beberapa rakan. Bukan senang nak tengok wanita berbikini menari ghairah di atas meja.

“Memang saya seronok. Sambil minum (arak), tengok aksi ghairah perempuan pakai bikini,” katanya separuh mabuk.

Bagi Zam yang mendakwa dirinya eksekutif, dia sememangnya gemar berhibur dan kerap menyertai beberapa parti.

“Bulan puasa pun saya berparti dan parti seperti ini memang saya tunggu sangat. Minum (arak), ‘goyang-goyang kepala’, tengok awek bikini... seronok beb.

“Tak tahulah bila disko ini nak tunjuk lagi perempuan pakai bikini sebab dalam iklan beritahu satu malam ini saja,” katanya.

Zam berkata, lebih ‘gempak’ jika ada pengunjung wanita yang datang memakai bikini seperti diuar-uarkan di dalam iklan.

“Tapi tak nampak pula pengunjung wanita datang pakai bikini. Kalau ada, memang gempak beb!” katanya. -HM







Category:  
Rahsia solat di awal waktu


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tida k asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tida k dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar s uda h mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ? Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;) Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar t ida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya . :? Kredit kepada penulis asal artikel ini.







 
Saya berpurdah bukan kerana alim atau H1N1: Rozita - Pengasas Sendayu Tinggi


Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum.

Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk. Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan.

Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja. Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama.

Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini. Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan.

Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual. Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya? Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup.

Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini. Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

sumber : suzana nana







Category:  
apa itu RON ?

Apakah yang dimaksudkan dengan RON sebenarnya?RON merupakan ringkasan dari RESEARCH OCTANE NUMBER. Octane number ini ialah ketahanan minyak tersebut sebelum ia meletup atau dengan kata lain dinyalakan.RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92.RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport.Jadi, tidak bermakna menggunakan RON95 tidak bagus untuk kereta anda. Anda boleh periksa balik minimum RON yang diperlukan untuk kereta anda.Anda boleh cek sama ada model kereta anda sesuai atau tidak dengan RON95 dalam jadual dibawah :







Dari blog teratak orang kampung.







Category:  
'Spiderman' akhirnya tawan Menara Petronas

Alain Robert, 'Spiderman' dari Perancis ditangkap hari ini selepas berjaya memanjat Menara Petronas, percubaan ketiganya untuk menawan menara tertinggi di negara ini, kata polis.

Robert, 46, mula memanjat menara setinggi 88 tingkat itu sebelum Subuh dan sampai ke kemuncaknya, sebelum disedari oleh pegawal keselamatan di situ, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman kepada AFP.

"Kita telah membawanya ke balai polis untuk disoal dan memeriksa pasportnya.

"Beliau boleh didakwa atas tuduhan menceroboh," katanya.

Percubaan pertama Robert untuk memanjat menara itu ialah pada 20 Mac 1997, dan percubaan kedua pada 2007, selepas dia dibebaskan tanpa didakwa.

Beliau yang digelar 'Spiderman' pernah memanjatkan Eiffel Tower di Paris dan Golden Gate Bridge di San Francisco.

Menara Berkembar Petronas setinggi 452 meter itu, yang siap dibina 1998, merupakan bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh antaranya Taipe 101.

Panjat dua jam

Sementara itu, Bernama pula melaporkan Robert yang memakai kemeja T gelap dan berseluar jeans, mula memanjat Menara Dua pada jam 6 pagi dan sampai ke puncaknya dalam masa dua jam.

Bagaimanapun, dia ditahan polis dan disiasat kerana kesalahan
menceroboh kerana tidak mendapatkan permit.

"Dia ditahan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh kawasan larangan dengan memanjat tanpa permit," kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman.

Robert dipercayai memasuki Malaysia pada 25 Ogos lepas dan tinggal di Hotel Mandarin Oriental yang berdekatan menara Petronas itu.


p/s Heat tul la spiderman nie.. semanat juang yg tinggi ..







Category:  
Kiamat sudah dekat ?


HADIS PALSU: PROPANGANDA YAHUDI 2012

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawal.." Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab:

"Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah S.W.T dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Anda pernah terima hadis di atas? di atas adalah potongan hadis yang telah disebarkan kepada umum sejak akhir-akhir ini. perhatian kepada kalian yang menerimanya, hadis di atas adalah PALSU dan telah disokong oleh para Ulamak! tolong jangan sebarkannya lagi! bagi anda yang telahpun menyebarkannya, diharap dapat menarik balik setiap kenyataan dan bagi yang mempercayainya, diharapkan bertaubat. juga kepada mereka yang mempercayai kiamat pada 2012, bertaubatlah segera!

Semua ini adalah rekaan dan propaganda yahudi laknatullah yang sengaja ingin menakutkan umat Islam untuk menguasai dunia. ini juga ada kaitannya juga dengan penantian mereka kepada ketua mereka iaitu Dajjal yang akan dibangkitkan ke dunia. janganlah kita terpesong dengan dakyah yahudi tersebut kerana hadis seperti di atas bukanlah kali pertama dikeluarkan. bagi meyakinkan kepada masyarakat dunia berkenaan propaganda yahudi ini, filem 2012 akan ditayangkan di seluruh dunia. tetapi yang pastinya 2012 bukanlah hari kiamat kerana ia adalah ketentuan Allah. sedangkan Nabi Muhammad tidak mengetahui bila hari kiamat akan berlaku, apatah lagi kita. apa hak kita untuk menentukannya. itu semua hak Allah. cuma kita diberikan tanda-tanda kiamat kecil dan besar untuk kita bersedia. hakikatnya, semua tanda-tanda kiamat kecil telah dan sedang berlaku dan kini hanya menunggu tanda-tanda besar kiamat pula. adakah anda sudah bersedia?

Wallahualam..