Like me!

Archives

layann


salam bro,
tup tap taup tap....
dah masuk petang jumaat pun..
cepatjer rasanyer minggu ni blalu..
paper marketing pun dah siap amik kat unit XM tadi..
pasni bermulala episod mengkuarantinkan diri..
dok dalam bilik menanda paper..
slalunya tanda paper dpn tv pasang DVD.memang tak jalan..
huuhhhhh kene disiplinkan diri hehhh...

esok sabtu..
ingat banyak program kene hadir..
belahh pagi g umah kawan (nurul)for her enggagement day
belah tghari lak g senawang ada majlis kenduri kawin anak kak faridzah..
belah petang g umah hapiz sajer mlawat umah sambil layan PS3 heheh...
itulah cerita dihujung minggu bro...

have a nice weekend ya...
take care







 
Lelaki mesti bace !!


"Perempuan suka :

- lelaki yang gagah – selalu pegi workout kat gym
- pandai bersukan – bola, basket, ragbi etc.
- bijak pandai – CPGA mesti sentiasa atas 3.5
- ada kerja – dining hall, hotel, library etc.
- ada kereta – especially sports car tak kisah la tahun bila
- pandai jamming – guitar, bass, drum, keyboard etc.
- pandai buat lawak expecially dpn pompuan
- tau jalan2 dekat US ni – boleh lead bila pegi travel
- pandai programming – bleh buat website lawa2
- walaupon rock tapi alim2 sket – bleh lead solat jemaah
- berambut pendek dan kemas
- tak terlalu clean shaved – tinggal la sket janggut in vertical line..macho siot
- wangi – pandai pilih perfume
- hadiahkan bunga – even sekuntum rose je
- selalu hadiahkan teddy bear – kalo kecik bagi banyak2, kalo besar satu je
- ingat birthday awek – tak lupa bagi hadiah best2
- pandai amik ati mak and abah awek
- sanggup teman awek shopping – biarpon berjam-jam
- bleh bagi pendapat bila awek Tanya “awak, tudung wardina ni sesuai tak dgn saye?”
- bila cakap dlm phone, let women do the talking – lepas tu kasi komen

Perempuan tak suka :

- lelaki yang lemah – kurus, tak workout
- tak terer bersukan – petang2 tak kuar main, dok umah je
- study asyik kantoi – dok struggle nak kekalkan CGPA atas 2.0
- malas cari kerja – harap duit sholar je
- takde keta – pegi memane tumpang keta orang atau naik bas
- tak minat muzik langsung – tak leh sembang pasal rock bands
- takde sense of humor – org buat lawak die blur je
- takde life – tak gi jenjalan memane and tak tau tempat sekeliling
- tak celik IT – buat website guna frontpage pon kantoi
- asyik enjoy siang malam – tak ingat mati
- rambut serabai – panjang dan tak terurus
- kuat sangat isap rokok – sekali-sekala takpe la kot
- badan berbau – malas mandi
- tak romantic – bila awek mintak berkali-kali baru nak bagi bunga
- jarang hadiahkan teddy bear -
- wish happy birthday seminggu lewat – kuat lupa
- dah bertahun couple – tak pernah jumpa parents awek
- bagi alasan bila diajak pegi shopping
- asyik jawab “tak kisah” bila orang tanya pendapat dia
- bila borak on the phone, die pulak yg pot-pet lebey2"







Category:  
Kisah pembunuh kejam yang lokek


Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan.

"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji" kata hakim.

Dari belakang terdengar seseorang berteriak... "Kurang ajar!!!"

"Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!" bentak hakim.

Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan...

"Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar dengan
menggunakan pisau..!"

"Celaka!!!" teriak pengunjung tadi.

"Tenang, Bawa tenang!" teriak hakim dengan keras.

"Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakan
parang..!" kata hakim.

"Keparat!!!" teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.

Dengan geram Hakim berkata,
"Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini.. saya akan perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!"

"Maaf.. Yang Arif..." pengunjung tadi berkata...

"Saya adalah jiran pesalah... sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, Pisau dan
parang... dia selalu cakap... tidak ada!"

----------
MORAL: Kadangkala sebab sesuatu kelakuan adalah berbeza dari apa yang kita sangka. Jauhilah dari sikap buruk sangka.







 
Suami Anda Suka Cium Di Mana?


Suka cium dahi isteri……..suami yang banyak sujud.
Suka cium pipi isteri……..suami yang suka pakai bedak.
Suka cium mulut isteri…….suami yang selera makannya tinggi.
Suka cium tengkuk isteri……..suami yang pandai menyembelih ayam.

Suka cium telinga isteri………suami yang banyak mendengar kata.
Suka cium leher isteri………suami yang suka menoleh bila lihat wanita cantik.
Suka cium buah dada isteri……..suami yang suka minum susu.
Suka cium tangan isteri…….suami yang panjang tangan.

Suka cium ketiak isteri…….suami yang tahan menempuh dugaan.
Suka cium kemaluan isteri……suami yang agak pemalu.
Suka cium punggung isteri…….suami yang membelakangkan tanggungjawab.
Suka cium kaki isteri…….suami yang suka melarikan diri dari realiti.

Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri……suami yang selsema.
Suka cium seluruh bahagian badan isteri…….. suami yang baru balik dari outstation.

MORAL: Apa yang dicatat di atas hanya sebuah jenaka. Yang penting ialah mengetahui bahawa mencium isteri adalah satu amalan yang patut dilakukan secara kerap bagi meningkatkan rasa kasih mesra, ketenangan dan kegembiraan bagi kedua-dua belah pihak. Bukanlah mencium isteri ketika mahu berjimak saja...

source : Ibnu Yusof







Category:  
Mati itu Benar






salam,
mingg lepas wa berkesempatan menghadiri satu seminar pengurusan jenazah.. dah lama wa tgu seminar mcm nie.. dulu pernah gak belajar tapi dah lupa hehh..takut-takut esok ada kematian tak tau nak wat aper.. memang ler ust2 ader bleh tolong.. cuma takut2 dalam keadaan sebaliknya terpaksalah kita sendiri uang menguruskan.lebih2 lagi kalau yang terlibat itu ahli kelarga kita..

ringkasnya, nak uruskan jenazah bukanlah satu perkara yang mudah dan bukan juga sukar sangat..yang penting adalah ilmu menguruskan jenazah..sedikit tips nak menguruskan jenazah :

Apa yang perlu di lakukan ketika menghadapi seseorang yang dalam keadaan nazak?

1.Perlu berada di sisinya.
2.Sentiasa mengingatkannya dengan kalimah Syuhadah iaitu :

Ash-hadu allah illaha illallah...di telinganya dan hendaklah dimadkan bacaan
kalimah tersebut. Manakala rakan-rakan yang lain membaca Al-Quran atau Yasin.

3.Pesakit hendaklah ditelentangkan menghala ke Qiblat dan qiam tangannya.


Apabila sah matinya
1.ucapkan inna lilliahi wa inna ilaihi rajiun
2.Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.
3.Rapatkan kedua belah matanya.
4.Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang.
5.Rapatkan mulutnya.
6.ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya.
7.Luruskan kakinya.
8.ikatkan kedua ibu jari kakinya.
9.Letakkan di tempat yang tinggi.
10.Hadapkan ke Qiblat.


Cara memandikan Jenazah
1.Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan.
2.Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka.
3.Semua Bilal hendaklah memakai sarong tangan sebelah kiri.
4.Sediakan air sabun.
5.Sediakan air kapur barus.
6.Istinjakkan mayat terlebih dahulu.
7.Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.
8.Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau mimicit-micit perutnya
secara perlahan-lahan dan hati serta kotoran dalam mulutnya dengan menggunakan
kain alas atar tidak tersentuh auratnya.
9.Siram dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu.
10.Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya,
celah jari tangan dan kakinya dan rambutnya.
11.Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.
12.Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat :

"Sahaja aku memandikan jenazah (lelaki)/ perempuan kerana Allah Taala"

13.Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali
dengan air bersih.
14.Siram sebelah kanan 3 kali.
15.Siram sebelah kiri 3 kali.
16.Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah
belakang.
17.Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.
18.Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17.
19.Lepas itu siram dengan air kapur barus.
20.Lepas itu wudukkan mayat.

"Cara mewudukkan jenazah ini iaitu dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu
bermula dari muka dan akhir sekali pada kakinya, sebagaimana melaksanakan wuduk
biasanya. Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki dan mayat wanita
hendaklah dimandikan oleh perempuan."

21.Siram dengan air sembilan.
22.Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan sempurna hendaklah
dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.
23.Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan.
24.Lepas itu usung dengan menutup seluruh anggotanya.
25.Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam
kapan berama (Contoh : rambut, kuku dll).
26.Dengan ini selesailah kerja memandikan mayat dengan sempurnanya.

wallahualam, yang lain tue boleh la tanya ustz utk maklumat lanjut.







 
Show mercy


Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu
disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu
agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu
perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak
kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi
jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat
sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi
kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah
kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat
hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi
berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus
meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil
dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan
dan terus memarahi Anak kecil tadi :

" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak
berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak
baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ;

" Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut
saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak
ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut
yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh
dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada
orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.

Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan
anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan
meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat
dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive
muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju
ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan
kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah
kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja
tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak
perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan
Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.







Category:  
Myvi ke Mylove ?

To Myvi Owners !!
amacam ada bran ka ?
Tunjukkan cinta pada kereta..

p/s Villakesyukuran:: ada bran ka ?







 
Ever wonder ?


...why the sun lightens our hair, but darkens our skin?
...why women can't put on mascara with their mouth closed?
...why you don't ever see the headline "Psychic Wins Lottery"?
.....why "abbreviated" is such a long word?
...why doctors call what they do "practice"?
...why you have to click on "Start" to stop Windows 98?
.....why lemon juice is made with artificial flavor, while dishwashing liquid is made with real lemons?
...why the man who invests all your money is called a broker?
...why there isn't mouse-flavored cat food?
...who tastes dog food when it has a "new & improved" flavor?
...why Noah didn't swat those two mosquitoes?
...why they sterilize the needle for lethal injections?
...why they don't make the whole plane out of the material used for the indestructible black box ?
...why sheep don't shrink when it rains?
...why they are called apartments when they are all stuck together?
...if con is the opposite of pro, is Congress the opposite of progress?
...why they call the airport "the terminal" if flying is so safe?







Category: