Like me!
salam,
mingg lepas wa berkesempatan menghadiri satu seminar pengurusan jenazah.. dah lama wa tgu seminar mcm nie.. dulu pernah gak belajar tapi dah lupa hehh..takut-takut esok ada kematian tak tau nak wat aper.. memang ler ust2 ader bleh tolong.. cuma takut2 dalam keadaan sebaliknya terpaksalah kita sendiri uang menguruskan.lebih2 lagi kalau yang terlibat itu ahli kelarga kita..
ringkasnya, nak uruskan jenazah bukanlah satu perkara yang mudah dan bukan juga sukar sangat..yang penting adalah ilmu menguruskan jenazah..sedikit tips nak menguruskan jenazah :
Apa yang perlu di lakukan ketika menghadapi seseorang yang dalam keadaan nazak?
1.Perlu berada di sisinya.
2.Sentiasa mengingatkannya dengan kalimah Syuhadah iaitu :
Ash-hadu allah illaha illallah...di telinganya dan hendaklah dimadkan bacaan
kalimah tersebut. Manakala rakan-rakan yang lain membaca Al-Quran atau Yasin.
3.Pesakit hendaklah ditelentangkan menghala ke Qiblat dan qiam tangannya.
Apabila sah matinya
1.ucapkan inna lilliahi wa inna ilaihi rajiun
2.Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.
3.Rapatkan kedua belah matanya.
4.Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang.
5.Rapatkan mulutnya.
6.ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya.
7.Luruskan kakinya.
8.ikatkan kedua ibu jari kakinya.
9.Letakkan di tempat yang tinggi.
10.Hadapkan ke Qiblat.
Cara memandikan Jenazah
1.Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan.
2.Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka.
3.Semua Bilal hendaklah memakai sarong tangan sebelah kiri.
4.Sediakan air sabun.
5.Sediakan air kapur barus.
6.Istinjakkan mayat terlebih dahulu.
7.Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.
8.Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau mimicit-micit perutnya
secara perlahan-lahan dan hati serta kotoran dalam mulutnya dengan menggunakan
kain alas atar tidak tersentuh auratnya.
9.Siram dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu.
10.Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya,
celah jari tangan dan kakinya dan rambutnya.
11.Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.
12.Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat :
"Sahaja aku memandikan jenazah (lelaki)/ perempuan kerana Allah Taala"
13.Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali
dengan air bersih.
14.Siram sebelah kanan 3 kali.
15.Siram sebelah kiri 3 kali.
16.Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah
belakang.
17.Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.
18.Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17.
19.Lepas itu siram dengan air kapur barus.
20.Lepas itu wudukkan mayat.
"Cara mewudukkan jenazah ini iaitu dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu
bermula dari muka dan akhir sekali pada kakinya, sebagaimana melaksanakan wuduk
biasanya. Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki dan mayat wanita
hendaklah dimandikan oleh perempuan."
21.Siram dengan air sembilan.
22.Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan sempurna hendaklah
dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.
23.Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan.
24.Lepas itu usung dengan menutup seluruh anggotanya.
25.Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam
kapan berama (Contoh : rambut, kuku dll).
26.Dengan ini selesailah kerja memandikan mayat dengan sempurnanya.
wallahualam, yang lain tue boleh la tanya ustz utk maklumat lanjut.