Like me!

Archives

Be a Blogger...


BLOG adalah satu jenis web yang dikategorikan sebagai online journal atau pun online diary. Ianya berkonsepkan post atau artikel yang berbentuk kronologi atau bersiri. Dalam bahasa yang lebih senang, post yang lama akan berada di bawah post yang terbaru dan begitulah seterusnya.Blog menggunakan bahasa php web programming kerana ianya melibatkan database untuk meyimpan post/artikel.

Blog telah pun lama bertapak di internet sebagai satu medium untuk seseorang individu atau organisasi itu untuk memaparkan penulisan yang berkisar tentang kisah hidup, luahan rasa, berita, catatan perjalanan/pengembaraan, mempromosikan produk/servis, resume dan seterusnya untuk suka-suka.

Untuk menghasilkan blog, terdapat dua cara iaitu menghasilkannya sendiri(memerlukan kepakaran dalam bidang membuat web dan php programming) atau menggunakan khidmat blog provider secara percuma(lebih mudah dan tidak memerlukan kepakaran dalam bidang membuat web dan php programming).
Di antara laman web yang menyediakan khidmat blog secara percuma ialah (2 ni yang paling popular):

Blogger - Milik Google.com
Contoh-contoh blog
Blogger
fazleephixel.blogspot.com
almarbawi.blogspot.com
kirul-tv.blogspot.com


Kelebihan blogger
Percuma.
Mudah untuk mendaftar.
Control panel yang ringkas dan mudah digunakan.
Boleh upload gambar dalam control panel.
Boleh mengubahsuai template secara bebas(Boleh guna CSS,DHTML,AJAX).
Turut mempunyai categories tetapi masih dalam peringkat BETA dan hanya user yang bertuah saja boleh dapat.
Mempunyai archieves iaitu tempat di mana post-post lama disimpan mengikut bulan.
Kelemahan blogger
Hanya pengunjung yang mempunyai akaun blogger sahaja dapat memberikan komen untuk post blogger lain.


Pesanan penting:Sebelum anda mendaftar, pastikan anda telah pun mempunyai konsep dan untuk apa blog anda dibuat. Ini penting kerana semasa mendaftar, domain atau pun alamat blog anda adalah berdasarkan username akaun anda.contoh:
Blogger: nama_akaun_anda.blogspot.

Jadi apa tunggu lagi, buat anda yang berminat untuk mencuba, daftarlah sekarang. Sekiranya ada apa-apa kekurangan atau kesilapan di dalam artikel ini, diharap anda dapat memberikan komen dan teguran.

Sekian terima kasih. (infomalaya)

Tugasan :
Sebagai menyahut perkembangan dunia ICT pada masa kini, anda dikehendaki untuk
membuat satu Blog peribadi (Blogspot). Tarikh penilaian akan diberitahu kelak. Penilaian adalah berdasarkan pada kekreativitian dan kualiti yang ada pada blog terebut.







Category:  
Sg. Congkak & Kenangan

bro...
aku baru balik dari Hutan Congkak, rasa penat tak ilang lagikk..rasa ngantuk yang tak tertahan..dalam hutan tak braper bleh nak tido..banyak aktiviti yang dilakukan..
syukur, mcm biaser perjalanan kali ini perkemahan tiada masalah..kecuali bebebrapa pelajar yang mengadu sakit lutut dan terpeliut...tu pun kitahantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan...yang lain2 tue...okay jer..caya la korang memang bsemangat n njoy.... kat sini dilampirkan beberapa keping gambar sepanjang aktiviti dalam hutan hehh..


*Mcm main masak-masak lak*


** ni nak masak ker nak posing**


** Potong bawang elok2..kang potong jari lak...**


** hantar makanan tue..juri poyo nak test..ntah sedap ker tak**


** present group gadjet...kreatif jugak yer **


** River crossing..alahai ceteknyer air sg tue..**


** 2 ekor pacat yang sempat di tangkap **


** phuhhh.. mandi spa ker aper i..aksi komando **


** masuk bro..jgn tak masukk**


** huitttt comotnyer ***


** mushroom..bleh wat cendawan goreng ..**







Category: ,  
FTP dan Hutan

Salam bro,
Huhhh kering tekak aku ni ngadap kelas 3 jam tanpa henti nie..
Mujr ler kelas Internet…takder la pot pet 3 jam tue…boleh ler corner-corner surf internet…hari ni aku sharing ngan kelas tentan FTP ( File Transfer Protocol )… ala aku crita ler downloading uploading..FTP protocol. Mcm mana nak guna, apa faedahnyer....dan macam2 lagi ler..
Aku takda ler Expert sgt mcm *alladiin* heheheeh… boleh lah stakat nak buka minda pelaja2 kiter nie…. Yang bestnyer…aku rasa puas biler tgk muka pelajar2 ni bjaya download file’s dr Internet..specially MP3’s file… apa lagi berkumandang ler Lab Komputer GL1 ni dengan irama-irama yangbercampur-campur heheheh….
Bro… aku masih lagi kat Lab nie…pelajar sumanyer dah balik…sajer dok sorang-sorang layan blues pasang sentimental song sambil wat entri baru untuk blog nie heheheh…
Aku sempat belek gak blog “villakesyukuran” td, phuhhhh, mcm biaser ler mamat tue…tabik spring kat dia..bahasanyer mcm Novel..heheheh biler baca jer seolah2 dia ader depan mata bercerita hehehe….bravo Villa…sespeseis ngan “alladiin” yang sinonom ngan blognyer….What We Do…ehheheheh…bro villa….mee magi telur 1…huhhhh..aper kata tghari ni kita balik rumah aku..makan magi dalam baldi ? kat rumah tu..banyak gak baldi…ader macam2 saiz…nak yang small, Medium dan extra large pun ader heheheheh…nak masuk dalam baldi pun ader bro…hehehehh ! amacam ader brani..?



Bro,
Petang nie,,aku masuk hutan … pasang kemah kat Hutamn Rekreasi Sg Congkak, Hulu Langat, Selangor… kalau you all nak ikut jom ler… aku ader extra kemah kat bonet keta tue.. Kita boleh mandi sungai, pancing ikan, wat jungle tracking, tenang2kan kpala otak ni ngan kehijauan hutan dan bunyi2 unggas heheheh..huhhhh mesti best….
Dah dulu yer bro…smpai ketemu lagi dilain siaran heheheh…
Take care suma…salam….!







Category:  
Meteor

Digital Cameras Fun
Get your own photo sketch







 
Andai ler pompuan tahu ..!


Andainya perempuan tahu:

Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin). Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi.

Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelelakiannya untuk menambat hati wanita.

Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau 'swimming pool'.

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

Bila lelaki cakap 'direct to the point' dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah 'all boys'!

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

Lelaki tak boleh belajar kesemuanya fasal perempuan dari 'library' atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.

Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.

Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..:)

Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari, maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi 'hint'! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.

Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100% walau bagaimana hebat rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!







Category:  
Dari kerana Mata...



salam bro,

Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati..... Mata juga mengungkap pelbagai makna....firasat tersirat. Namun firasat ini hanyalah sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA. Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan semata-mata....

SIFAT MATA WANITA SIKAP WANITA

Saiz mata kecil
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Saiz mata sedang
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata lebar
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Mata selalu berkedip
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik

Mata jarang berkedip
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjaw ab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Mata cengkung
Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata redup
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

Matanya seolah tersembul keluar
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

Moral: tutup ler mata..jgn smpai org lain bleh tafsir lak ahakssssss...







Category:  
Hati Senang


salam bro,
berdasar pemerhatian wa terhadap lelaki yang telah berkahwin...kebanyakkan perut mereka jadi boroi mengalah isteri yang mengandung ..mengapa jadi sedemikian rupa....padahal ader antara mereka yang aktif bermain bolasepak.......
kekadang naik pusing bila pikirkan...mcm quiz lak hehehe..mungkinkah sumpahnyer mcm tue..mungkinkah senang hati..atau org rumah masak sedap...atau adat org bkawin hehehe...

ada org kata..boroi tuh sebab laki tuh lepas makan trus minum air....xpon masa makan die sulamkan ngn air.....huhuhuh....nak elak perut boroi...lepas makan tuh...tunggu laaa setengah jam baru jamah air....klau makan kt kedai jgn order air.........tunggu masuk kete baru minum air....pastikan dh lepas setengah jam.....huhuhuh...xpon lepas makan jgn mandi......yg dah bersuami tu....lepas suami makan jgn kasik die minum air...baru die xboroi...laki nih lepas makan mesti tak tahan trus minum air...sekali skala dera suami jgn kasik die minum lepas makan...tunggu setengah jam ke atas...

bro...
ada brani..kasi komen ini quiz hehehehe...
wa tunggu...hehhh !







Category:  
Dare to try..


11 tips agar tidak bosan semasa di dalam lif:

1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!".

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat temujanji?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik...tik...tik...

6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, nanti pasti terbuka lagi!".

8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Udaranya cukup tidak disitu?"

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah wilayah SAYA"







Category:  
Kedai Mamak


salam,
Paparan " Free Wifi " kini banyak terpampang kat mana-mana kdai mamak, begitu gak kat Food Court..huhhh btuah btol kat bandar-bandar besar ni..mudah jer dapat Internet Free hehehe..elok ar..mudah bagi kiter nak akses internet...aku skang ni kat kdai mamak Putrajaya...tgk jer paparan tu..trus buka laptop yg memang sentiasa dibawa kehulu ke hilir heheheh...cuma lecehnyer..kene mintak password dpd mamak tue ler..tak kesah ler korang nak minum teh tarik smpai ke petang pun tak kesah heheheh...janji dpt tarik pelanggan hehehe...

Tq gak pada suma pucukpakuan yang singgah2 sat ..yang penting..dah singgah tu tinggalkan le komen heheheh..dapat gak respon dpd korang yer...
huittttttt...ramainyer org kat kadai mamak nie...masyukkk jer mamak kat counter tu kira fulusssssss hehehe..adat meniaga menjadi hehehe...kadai mamak skang nie bukan mcm kdai mamak dulu...dtg kdai mamak skang mcm2 jual..tomyam pun dah jual...apam balik pun ader kat sini ihhhhhhhbdasat btol ar...ingat apam balik teringat kat alladiin..biler nak banjer kiter makan apambalik Home Made tue hehehhehe...

k ler bro..
teh tarik aku pn dah kering nie..nak order 1 lagi perut dah kembung hehehe...
nak balik umah lak...smpai bsiaran dilain waktu ahakss...korang jaga diri bebaik...







Category:  
sana sini

bro...
wa dalam kelas nie...skang nie student wa tgh sibuk form group untuk assignment projek dorang...lantak ler dorang pilih sendiri saper nak jadi buddy dorang..pasni nak wat kejer berkumpulan..biar buat kejer ngan senag hati...kang makan hati berulam jantung ngan member hehehe...teringat wa dulu masa study dulu-dulu...hehh biler time lecturer mintak jer kiter form group...kesian btolll tinggal wa ngan geng2 lelaki yang lain terkontang kanting mcm buih terapung kat lautan chewahhhhh..takdak saper pun nak geng huhuhu..ingat kiter ni parasit ker...huhhhh kiter pun bleh wat kejer lebih baik dr dorang aper heheheeh telebih emo plak hehehehe....

k ler bro...
wa nak tamatkan kelas dlu...
nak beralih ker Dewan Kuliah lain lak..ader rehearsal utk assembly ptg ni huhhh...
salam jumaat...
tekehhhhhhhhhh bro...







 
post a comment


bro,lega hati wa,pas tuka pada template baru nie...masalah "post a comment" tak bleh alan..no wonder...takda saper pun nak komen heheheh...TAPIIII
setelah bertungkus lumus tukar html pada template baru ni akhirnya dapat gak wa setelkana masalah komen-komen tak kuar tue..wa dah createkan form kat bawah entry tue...so boleh ler you all letak komen ek ....utk alladiin..TQ sebab bagitau masalah nie...segala cadangan untuk meningkatkan mutu dan kualiti blog pucukpaku amatla dialu-alukan hehehe...







Category:  
Kisah pahit seorang gigolo


Aku terpaksa menjadi gigolo" (FAKTA PLUS!!)

Teman-teman, Bacalah kisah di bawah ini: (Cubalah ambil hikmahnya..)

Seorang pemuda frusted mencuba-cuba menjadi gigolo. Pengalaman
pertamanya bertemu seorang ibu muda datang dengan kereta mewah. Pemuda itu dibawa dengan kereta mewah menuju ke sebuah rumah besar milik wanita itu. Sesampainya dirumah, Dia di suruh masuk ke dalam sebuah
bilik. Si pemuda itu merasa nevous karana ini adalah pertama kalinya masuk ke
bilik wanita lain. Fikirannya tak menentu, bingung dan juga kekok.
Semakin di fikir seperti itu, birahinya juga makin muncul.

Sebelum melakukan apa-apa, wanita itu berkata, "Kamu bukakan dulu baju
kamu dan tunggu disini dulu ya, jangan ke mana-mana," ujar wanita itu
kemudian keluar dari kamar. Pemuda itu makin bingung kerana ditinggal
keseorangan. Dan, dia malu untuk telanjang kerana tubuhnya kurus.
Akhirnya dia membuka semua bajunya,dan menunggu di bilik.
"Ah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan," fikirnya.

Tak lama kemudian, ibu itu masuk ke dalam bilik. Kali ini diikuti oleh
dua orang anak kecil.

Ibu itu berkata kepada kedua anak kecil itu, "Tengok ni, Wati dan
Budi, kalau malas makan badan kita jadi kurus seperti abang ni"
Huahaha..ha. .ha..







Waaaaaaaaaa Serius nampak Baca tuuuu...

pergi kerja! kerja!

HAHAHAHAHAAAA............
**credit to Tanjeku**







Category:  
Kulit baru


salam bro,
samada korang perasan atau tidak... skin blog wa dah bertukar..nampak ganas *kononnyer* heheh gabungan wana merah dan itam .. act..masih sayang kat skin dulu tapi aper dah jadi ntahh..bukak jer blog tu kuar plak upgrade to Pro Photo Bucket..huhhh..mana ler wa tau yang skin tu guna gambar dr photobucket hehehe...
aperpun skin dah tukar dah..tapi masih mengekalkan background yang gelap..heheh i ilike...siap ader falling star lagik hehhhh..cam bebudak2 jer hahaha..

harapnyer... dengan skin baru ni, content dan pengisiannyer pun lebih baru heheh...
kira tukar tahun tuka skin ler hehhe..nak tuka tiap bulan [pun boleh tapi tak larat bro..banyak widget2 kene reinstall bail..masih tak tau g mcm mane nak kekalkan wijet tu biler tuka skin hehehe...







Category:  
Happy 3 series


Salam bro,
1 februari datang lagi, maknanyer seluruh wilayah persekutuan dapat cuti umum,
Tp yg paling penting, 1 feb juga membawa makna umur wa bertambah setahun g..
kali ni spesel sket sebab dah masuk 3 series ( 30 an ) hehh…
syukur ya Allah atas kurniaan umur yang panjang dan sihat tubuh badan.

Sepanjang 30 tahun hidup, banyak pengalaman pahit manis..
Namun hidup kena teruskan..banyak lagi wish yang tak tercapai..
Bila agaknyer nak duduk rumah sendiri, teringin rasanyer g melancong luar Negara heheh, teringin nak beli PS3 n TV LCD, ngidam nak tuka keta lg besar hahaha, teringin benar rasanyer nak menang peraduan kat petronas tu dapat keta BMW atau Honda civiv Hybrid hahahahha, ishhhh banyak g wishlist tu heheh tp insya Allah dengan izin Nya, semua akan dimakbulkan..cepat atau lambat jer..aminnnnnnnnnn

Terima kasih pd semua yang wish happy bestday,
Pada kawan-kawan yang tak ucap g..masih blum terlambat…
Bleh ucap bila-bila pun… yang paling penting doakan kebaikan sy dan keluarga dunia dan akhirat … aminnnnnn







Category: