Like me!

‘Ramadan, Aidilfitri ini suram’



PORT DICKSON: “Sambutan Aidilfitri kali ini pasti suram apabila anak kesayangan kami tiada lagi,” kata bapa kepada Md Harul Anuar Abdul Hamid, 23, seorang daripada tiga pelajar Politeknik Port Dickson (PPD) yang terbunuh dalam kemalangan ngeri di Kilometer 21.7 Lebuhraya Seremban-Port Dickson di sini, kelmarin.Abdul Hamid Md Isa, 55, berkata beberapa hari lalu, anak lelakinya itu meminta wang RM60 kerana mahu membeli tiket bas untuk pulang berhari raya di Johor Bahru, bulan depan.

“Saya memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya tanpa mengesyaki sesuatu yang buruk bakal menimpa.“Malam tadi (kelmarin) saya mendapat panggilan telefon daripada anggota polis memaklumkan kemalangan itu,” katanya yang ditemui di Bilik Mayat Hospital Port Dickson di sini, semalam.

Menurutnya, arwah anak kedua daripada tiga beradik, seorang yang baik serta disenangi ahli keluarga dan rakan. Dia yang menetap di Taman Kempas, Johor Bahru, berkata walaupun reda dengan pemergian anaknya, namun tetap sedih kerana tragedi berlaku menjelang Ramadan dan Aidilfitri.Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, Md Harul dan dua rakannya maut, manakala seorang lagi parah selepas Proton Iswara Aeroback yang mereka naiki terbabas dan terbalik ke dalam longkang.

Dua rakannya yang maut ialah Mohd Khairul Zaman Md Yunus, 22, dari Taman Daya, Johor Bahru dan Mohd Hazir Mohamad, 22, dari Lubok Cina, Melaka. Mereka dikatakan tercampak keluar dari kereta dan mati di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala.Pemandu kereta dikenali sebagai Kamal Nirash Feroz, 22, cedera parah dan sedang dirawat di hospital.Ketika kejadian, mereka yang juga pelajar jurusan kejuruteraan politeknik berkenaan, dikatakan dalam perjalanan pulang ke Port Dickson selepas keluar membeli barang keperluan di Seremban.


butiran :

MOHD HAZZIR B MOHAMAD
06PTK08F2008
870115-04-5145
INTEGRASI SEM 6 (JKE)
Asal: Bukit Beruang, Melaka.
Jenazah di bawa ke Melaka.

MOHD KHAIRUL ZAMAN B MAT YUNUS
06PTK08F2012
871221-46-5033
INTEGRASI SEM 6 (JKE)
Asal: Tmn Daya Johor Bahru,
Jenazah di bawa ke Jerteh , Terengganu.

MD HARUL ANUAR B ABD HAMID
06PTK08F2011
860508-23-6699
INTEGRASI SEM 6 (JKE)
Asal: Tmn Kempas Johor Bharu.
Jenazah dibawa balik ke Johor.







Category:  
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.