Like me!

Selesema BABI


Dulu burung yang kena selsema sekarang babi pulak yang kena selsema. Wabak yang bermula di Mexico sudah masuk ke negara jirannya iaitu Amerika Syarikat.

Apa itu H1N1?

Selalu dengar tapi tak tahu ertinya.. Mari kita tahu ringkasan apa yang wabak yang manusia satu dunia takut.

“H” bermaksud Hemagglutinin protein

“N” bermaksud Neuraminidase protein

H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus.Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan. Terdapat 16 jenis avian lain lagi.

Bulan April 2009 ini dilaporkan 80 orang telah terkorban dan 1500 orang di seluruh dunia telah dijangkiti. Macam bahaya sungguh virus ini. Masa wabak Selsema Burung dulu pun ramai yang terkorban, tapi penyakit selsema burung tersebar melalui burung.

Selsema babi ini disebarkan oleh manusia pula. Ini yang mencetuskan keadaan panik di Mexico dan Amerika Utara. World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 dengan situasi yang begini bersetuju untuk mengistiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa.

Dapatkan cerita/ berita terkini dari sana dengan membaca suratkhabar Mexico. Anda akan tahu betapa seriusnya wabak ini.

Ia juga boleh menyerang sesiapa sahaja meskipun bukan pemakan daging babi.

Lihat orang di sebelah anda, tidakkah anda gerun?

Moral : jgn makan Babi hehehe







Category:  
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.