Like me!

Archives

Kisah Merelakan Di Sebuah Hotel


Sepasang suami isteri bukan Islam di negara Barat dalam perjalanan ke bandar dan kerana jaraknya yang jauh, mereka singgah untuk menginap di sebuah hotel sebelum meneruskan perjalanan keesokan paginya.

Akhirnya mereka bertemu dengan sebuah Hotel yang cukup bagus walaupun tidak berbintang lalu mereka bermalam di situ. Keesokan paginya ketika akan keluar hotel, mereka dikenakan bayaran USD 200.00

"Hah? Ini kadar hotel 5 bintang. Awak tak salah kira ke?" tanya si suami terkejut.

Dia meminta dipanggilkan pengurus hotel dan membantah harga yang terlalu mahal. Setelah mendengar dengan penuh perhatian, pengurus berkata, "Hotel ABCD ini dilengkapi dengan kolam renang taraf antarabangsa, ruang persidangan dan berbagai hiburan semuanya
bertaraf antarabangsa."

"Tapi kami tidak langsung menggunakan kemudahan tersebut," kata si suami berkeras.

"Salah Encik sendiri. kemudahan itu disediakan untuk dimanfaatkan," kata si pengurus tak mau kalah.

Setelah termenung sejenak si suami membuka dompetnya, mengeluarkan wang USD 50.00.. dan mengulurkannya kepada pengurus tersebut.

"Ini baru USD 50.00?" tanya pengurus.

"Baki USD 150.00 lagi tu saya dah bayar… iaitu saya relakan Encik tidur dengan isteri saya"

"Tapi saya tidak tidur dengan isteri Encik…"

"Salah Encik sendiri. ianya sudah tersedia semalaman, kenapa tidak dimanfaatkan…"

----------
MORAL: Suami sepatutnya menjaga maruah dan kehormatan isterinya, bukan sebaliknya.







Category:  
Perangai-Perangai Yang Menyekat Rezeki


Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. Tidak sembahyang atau solat. ( Sebab Utama )
2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan. (Selalu terlupa maka Allah pun 'lupakan' kita)
3. Makan atas pinggan yang terbalik. (main belasah janji perut kenyang)
4. Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. Menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan. ( makanan kotor otak lebab )
6. Berwuduk’ di tempat buang air besar atau air kecil. ( rumah kos rendah atau rumah kecil )
7. Suka bersandar pada pintu rumah. ( suka termenung )
8. Suka duduk di atas tangga. ( budaya lepak )
9. Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan. ( Pemalas dan angkuh )
10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung. (rezeki mesti kita hormati baru jimat)
11. Tidak membersihkan rumah. ( Pemalas )
12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain. ( tak fikir panjang, janji kemas)
13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam. ( Keje shift biasalah nak wat camna)
14. Suka tidur di atas muka.
15. Membakar kulit bawang.
16. Menjahit baju yang sedang dipakai. ( gelojoh )
17. Mengelap muka dengan baju. ( jalan mudah )
18. Berdiri sambil bercekak pinggang.
19. Tidur tidak memakai baju. ( panassss )
20. Makan sebelum mandi hadas. ( tak suci diri dulu)
21. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit. ( rezeki burung mencotok makanan waktu awal pagi)
23. Lambat pulang dari masjid. ( Lepak dulu , ngumpat dulu )
24. Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak. ( minta allah benda tak baik)
25. Kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan. ( setan kencing )
26. Suka memadam pelita dengan nafas. ( api petila/lilin bagaikan ikon islam, kalau tiup maka terbanglah islam)
27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup. ( berjangkit ke orang lain)
28. Membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. Membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. Memakai seluar sambil berdiri.
31. Memakai serban sambil duduk.
32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. Makan dengan menggunakan dua jari.
34. Berjalan di antara kambing.(xpaham yg ni, ada sesapa leh explain?)
35. Berjalan di antara dua perempuan.
36. Suka mempermainkan janggut.
37. Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. Meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. Suka menggigit kuku dengan mulut. ( kuman masuk perut )
40. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. Menguap ketika solat.
43. Meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Wallahualam ....







Category:  
ingin nampak cantik ?



1. Minum banyak air, minum. minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.




2. Bersenam ! Baik untuk kesihatan. elok untuk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yang mudah! Jangan malas untuk bersenam, lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.




3. Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu. jadi kenapa nak merokok? Nak kuruskan badan? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit. pasti org lebih nak sihat, kan?




4. Tidur yang cukup, Jangan asyik berjaga waktu malam, tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan untuk tidur? Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.




5. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jangan biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah. tak payahlah sapu itu ini, cukuplah dengan wajah yang bersih.




6. Makan yang cukup tapi bukan berlebihan. Jangan sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yang baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.




7. Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun. anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Jika rajin. cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.




8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.




9. Don’t worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!




10. Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dengan famili atau kawan-kawan. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.




Okay? Mudah bukan, kecantikan bermula dalam diri dan amalan sehari-hari!




Selamat Beramal







Category:  
happy Blogging




salam,
hari ni aku diarahkan membuat satu kursus Blog untuk rakan sejabatan,
rasa gembira sbb dapat berkongsi maklumat dengan rakan yang lain, biar ler mereka pun sama mcm aku gak punya blog untuk dikongsikan... nak ngajar takder masalah walaupun aku baru jer bjinak2 dlam blog nie tapi setakat nak menghasilkan blog yang biaser2 tu boleh ler...
tapi yang menjadi masalah ialah keadaan networking Internet di makmal yang terlalu slow membuatkan rasa ghairah nak berblog terbantut... ntah ler rasanyaer masalah network diPPD ni tak tau biler nak selesai.. nak bising sgt pun tak bleh sebab aku pun guna wifi free poli punya heheheh... lambat2 pun masih bleh surf gak... moralnyer kalau nak dpt ntenet yang laju bleh ler langgan mana2 broadband yg ader.. bio ler berbayar janji puas hati huhuhu... pepun..tepuk dada tanya selera....







Category:  
Sukan Politeknik & Kolej Komuniti 2008



salam,
minggu lepas berlangsung SUPKOM ( Sukan Politeknik & Kolej Komuniti)
yang diadakan di Politeknik Syah Alam. Tidak ketinggalan PoliPD menyertai semua
acara sukan yangdi pertandingkan, namun hanya sukan Bowling wanita yang membawa
pulang medal hehehe...yang lain bukan tak hebat cuma ramai lagi yang lebih hebat
hehehehe... Sukan Badminton yang disertai merupakan acara sukan yang paling diharap2kan mendapat pingat..yaaa maklum aje PoliPD adalah Champion bagi Jemputan PUO semester lepas hehehe... tapi tidak kali ini.. Regu maut ( Kama & Poji ) tewas ngan jayanya, sementara aku pula ( Single ) semacam tak cukup oksigen jer tika main hehehehe... !!
Game boling pula disertai oleh salihin & mdnoor hanya mampu memeriahkan suasana jer heheh..
tapi apaupn ini hanyalah permulaan, tekad team PPD yang pasti tahun hadapan akan menggondol semua medal yang dipertandingkan hehehe amin....







 
Sakit Tekak dtg lagi


salam
hari ni dah masuk hari ketiga aku kene sakit tekak...perit amat rasanyer nak menjamah makanan hehhe..masuk kelas nak menjerit suara tak baper nak kuar..
**maaf Kualiti audio kurang memuaskan** heheh...
td sempat dok belek cari info nak hilangkan sakit tekak..dapat 1 petua kene minum air asam jawa huuhuh...demi nak sembuh.. masam mcm mana pun aku teguk gak hehehe...


Sakit tekak merupakan gejala yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa, biasanya diikuti dengan gejala bersin dan batuk. Lazimnya ia juga merupakan penyebab kita berjumpa doktor dan dikenali sebagai demam selesema di kalangan orang ramai.

Sakit tekak adalah indikasi yang kerap kepada preskripsi antibiotik dalam masyarakat, memberi kesan kepada kos penjagaan kesihatan yang penting dan boleh menjurus kepada peningkatan daya tahan antimicrobial dengan sebaran luas dan penggunaan antibiotik yang tidak sesuai.

Tanda dan Gejala

Gejala-gelaja demam biasanya timbul pada 1 hingga 3 hari selepas terdedah kepada virus demam selsema. Tanda dangejala demam selesema termasuklah:

  • Hingus meleleh

  • Gatal dan sakit tekak

  • Batuk

  • Rasa sesak

  • Sakit-sakit badan atau sakit kepala ringan

  • Kerap bersin

  • Mata berair.

  • Demam dengan suhu tidak terlalu tinggi

  • Kepenatan


  • apapun, bersama ler mengamalkan gaya hidup sihat !!
    chowww cin chowwww!!







    Category:  
    lawatan ke Bukit Aman




















    salam,
    misi melawat/menyelia latihan industri dah selesai,
    syukur, akhirnya dapat gak sosaikan misi tue..
    sungguhpun banyak halangan dan cabaran dlm mencari alamat syarikat
    hehehe, maklum jer bukan kaki jalan ..

    sedikit gambar ketika melawat pelajar (Sara-DSK) yang menjalani
    latihan industri di BUKIT AMAN.
    sememangnya pengalaman dapat masuk ke pejabat bukit aman adalah
    sesuatu pengalaman yang best.. lagipun sebelum nie takder sebeb nak masuk ke sana heheheh jauh sekali sebagai Tut Tut Tut, jangan saja
    hanya sebab blog nie bleh kesana kdua kali plak hehehe..

    pepun, teringin sgt nak jenguk cell/lock up
    tp tak dapat atas sebab security hehehe...

    daa...
    salam







    Category:  
    Jasadnya Tidak Diterima Bumi


    'Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun
    1973. Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua
    pembaca budiman.

    Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar,
    Jerantut . Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga
    nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung
    tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana
    setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau
    akan berjaya.

    Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu
    adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya
    sebelum ini.

    Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau
    melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang
    tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut.Salleh cuba
    mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang
    lebih besar. Melalui lunag tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

    Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh
    makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.
    Tiba -tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu
    romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

    Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan
    kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang
    kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar
    menggunakan han tu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang
    tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

    Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan
    menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang
    kampung.

    Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya
    seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang
    dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus
    masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau
    bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak
    matanya berasa amat berat sekali.

    Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat
    dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.
    Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

    Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan
    mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang
    sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya
    bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

    Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan
    diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya
    bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salled bersiap2 utk pergi menziarahi
    kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan
    bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

    Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali
    kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh
    berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.
    Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang
    berat dari lubang tersebut.

    Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,
    Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar. Jadi sesiapa
    yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :
    1-800-88-88-88

    Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
    Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
    Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
    Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

    Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai
    perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI...... UBI... SAPER NAK
    BELI UBIIIII.. ( hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)

    * jgn marah...saya pun terkena gak...poyo betulla...sapa punyer keje...sah konpom xder keje.... kwahwklawahkwah







    Category:  
    Cerita Tali Gantung


    Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

    Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.

    Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

    'Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,' jelas Samuel.

    Di antara ciri utama taligantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.


    APABILA RAYUAN DITOLAK

    Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

    Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

    Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

    Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

    'Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,' kata Samuel.

    Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

    'Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),' kata Samuel.

    Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.'

    Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.

    Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai RM7.50.

    HARI PENGGANTUNGAN

    Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung 'poie dengan rela' setelah menunggu begitu lamo untuk hukuman dilaksanakan.

    'Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

    ' Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak
    tahan lagi menunggu,' katanya.

    Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

    'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

    Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

    'Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,' cerita Samuel.

    Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

    BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

    Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik.

    Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

    Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

    Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

    Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

    'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

    'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos- bos saya dulu,' kata Samuel.

    Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

    'Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,' katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.







    Category:  
    Sg Congkak 2






    salam,
    ader sedikit tambahan gambar aktiviti,
    pepun sekalung tahniah..pada pelajar yang telribat dlam menjayakan
    perkemahan polibriged @sg Congkak.







    Category:  
    Sg Congkak






    salam,
    mgu lepas masuk hutan rekreasi sg congkak
    iring pelajar sem 1 ( polibriged ) berkemah kat sg congkak.
    suka masuk hutan sebab suka mandi sungai, airnye sejuk lagi
    mnyamankan... lupe kejap kejer2 yang tak siap bile mandi sungai hehe..
    sedikit gambar berkenaan dengan aktiviti di Sg Congkak ::







    Category:  
    Redah je


    salam,
    baru jer sampai rumah .. balik dari 'visit industry' tadi.. Tiap hari gerak subuh balik malam
    semacam lain jer rasa letihnyer..
    agaknyer the whole day drive dan pening lalat cari syt merata kat KL
    KL memang pusat perniagaan, begitu banyak syt2
    beroperasi di sana, terlalu banyak jalan yang nak diredah,
    jalan2 di KL agak asing rasanyer bagi mcm sy yang jarang turun KL, banyak jalan yang perlu dingat, begitu teruk sesak kereta, begitu aggresifnyer driver2 kat KL, parkingnyer yang begitu mahal, lebih mahal dari nasi beriani Gam,
    tapi syukur dapat gak ditempuh.. esok, ader 7 company nak dilawat.. huhhh risau esok kat area
    yang tak pernah sy pegi pun, ntah bandar manjalara, mcm drama manjalara jer hehe..
    salam..







    Category:  
    Renungan



    assalamualaikum...

    saya bukan ustz,
    tapi email yg saye dapat ni sy forward kan untuk dikongsi dengan semua..mungkin x betol..kalau ade yg x betol..same2 lah kite betol kan..



    TAJUK : ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL.. BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JNG TERUSAN DLM KEJAHILAN.


    Sesungguhnya, permasalahan ini berat.

    Perhatikan soalan 1 - 5. Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat Tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .


    Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:


    Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.


    Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.


    Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin? Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.


    Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan? Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.


    Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan? Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah? Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.


    Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri? Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.


    Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya? Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.


    Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri? Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.


    Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... . Tolong jangan abaikan artikel ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.


    Mafhumnya: Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'. WAHAI PARA SAHABATKU... .INSAFI LAH DIRI.


    USTAZ ROSLI AL HAFIZ.







    Category:  
    Kronologi Lelaki


    Ada pompuan gemar berbaju ketat
    Di tambah pulak jenis yang singkat
    Abis nampak lurah serta pusat
    Mana lelaki nak tahan daulat???

    Ada pompuan suka berkain jarang
    Dari kepala kaki serta belakang
    Abis nampak bentuk dan ruang
    Mana lelaki tak jadi miang???

    Ada pompuan gemar bertumit tinggi
    Jalan melentik lentik kanan dan kiri
    Di tambah pulak dengan pakaian seksi
    Mana lelaki tak jadi lupa diri???

    Ada pompuan suka pakaian nipis
    Sampai nampak selapis lapis
    Dari peha sampai ke betis
    Mana lelaki iman tak tipis???

    Wahai semua saudara saudari
    Ini keluhan seorang lelaki
    Bukan di pinta jadi begini
    Tapi...tapi...tapi... >:)







    Category:  
    lawak samdol


    SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
    DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

    ============ ========= ========= =====

    SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
    DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat Batuk dengan lebih baik lagi

    ============ ========= ========= =====
    SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
    DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"...degil!







    Category: