Like me!

Sakit Tekak dtg lagi


salam
hari ni dah masuk hari ketiga aku kene sakit tekak...perit amat rasanyer nak menjamah makanan hehhe..masuk kelas nak menjerit suara tak baper nak kuar..
**maaf Kualiti audio kurang memuaskan** heheh...
td sempat dok belek cari info nak hilangkan sakit tekak..dapat 1 petua kene minum air asam jawa huuhuh...demi nak sembuh.. masam mcm mana pun aku teguk gak hehehe...


Sakit tekak merupakan gejala yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa, biasanya diikuti dengan gejala bersin dan batuk. Lazimnya ia juga merupakan penyebab kita berjumpa doktor dan dikenali sebagai demam selesema di kalangan orang ramai.

Sakit tekak adalah indikasi yang kerap kepada preskripsi antibiotik dalam masyarakat, memberi kesan kepada kos penjagaan kesihatan yang penting dan boleh menjurus kepada peningkatan daya tahan antimicrobial dengan sebaran luas dan penggunaan antibiotik yang tidak sesuai.

Tanda dan Gejala

Gejala-gelaja demam biasanya timbul pada 1 hingga 3 hari selepas terdedah kepada virus demam selsema. Tanda dangejala demam selesema termasuklah:

  • Hingus meleleh

  • Gatal dan sakit tekak

  • Batuk

  • Rasa sesak

  • Sakit-sakit badan atau sakit kepala ringan

  • Kerap bersin

  • Mata berair.

  • Demam dengan suhu tidak terlalu tinggi

  • Kepenatan


  • apapun, bersama ler mengamalkan gaya hidup sihat !!
    chowww cin chowwww!!







    Category:  
    You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.