Like me!
Sepasang suami isteri bukan Islam di negara Barat dalam perjalanan ke bandar dan kerana jaraknya yang jauh, mereka singgah untuk menginap di sebuah hotel sebelum meneruskan perjalanan keesokan paginya.
Akhirnya mereka bertemu dengan sebuah Hotel yang cukup bagus walaupun tidak berbintang lalu mereka bermalam di situ. Keesokan paginya ketika akan keluar hotel, mereka dikenakan bayaran USD 200.00
"Hah? Ini kadar hotel 5 bintang. Awak tak salah kira ke?" tanya si suami terkejut.
Dia meminta dipanggilkan pengurus hotel dan membantah harga yang terlalu mahal. Setelah mendengar dengan penuh perhatian, pengurus berkata, "Hotel ABCD ini dilengkapi dengan kolam renang taraf antarabangsa, ruang persidangan dan berbagai hiburan semuanya
bertaraf antarabangsa."
"Tapi kami tidak langsung menggunakan kemudahan tersebut," kata si suami berkeras.
"Salah Encik sendiri. kemudahan itu disediakan untuk dimanfaatkan," kata si pengurus tak mau kalah.
Setelah termenung sejenak si suami membuka dompetnya, mengeluarkan wang USD 50.00.. dan mengulurkannya kepada pengurus tersebut.
"Ini baru USD 50.00?" tanya pengurus.
"Baki USD 150.00 lagi tu saya dah bayar… iaitu saya relakan Encik tidur dengan isteri saya"
"Tapi saya tidak tidur dengan isteri Encik…"
"Salah Encik sendiri. ianya sudah tersedia semalaman, kenapa tidak dimanfaatkan…"
----------
MORAL: Suami sepatutnya menjaga maruah dan kehormatan isterinya, bukan sebaliknya.