Like me!

Di sepuluh Ramadhan...


Sepuluh Ramadan sudah berlalu. Ah, terasa bagaikan baru sahaja bulan mulia ini mampir. Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan segala raja, pemerintah buana manusia, jin dan segala makhluk lainnya.

Ya, aku masih seperti selalunya, membaca dan terus membaca. Cuma dek kerana rinduku pada Allah, aku kesampingkan sementara kegilaan membaca di Ramadan ini. Alhamdulillah, aku mendambakan cinta Allah di Ramadan ini. Aku merindui Tuhanku. Aku menghadirkan diri di sudut fana, meluangkan waktu dan saat indah bersamaMu, wahai Kekasih sejati.

Maya ini, alam sebentar cuma, tatkala tiba masa, segala ke sana. Hanya ada dua, syurga nyaman atau neraka membahang.

Dari selangkah menuju beribu batu, ku cari cahaya sinaran dariMu, ku mengharap keredaan dariMu, Ya Ilahi. Ku semakin hampir kepadaMu pada setiap degup jantung. Kau menungguku wahai Kekasih. Aku tahu.

Aku masih lagi membaca dua buah buku, yang aku mulakan di awal Ramadan; Lelaki Misteri Dalam Al-Quran: Iskandar Zulkarnain (Bahagian ke-2) dan novel Hijab Sang Pencinta. Masih terkial-kial cuba merangkak, baris demi baris, halaman demi halaman.

Sungguh, di Ramadan ini tarikan aku lebih kepada buku agung sepanjang nyawa buana ini, al-Quran. Kitab agung yang diturunkan oleh Kekasih Agung untuk kekasihNya yang paling utama, Muhammad bin Abdullah (S.A.W), insan teladan seusia buana.

Alhamdulillah, subhanallah, ALLAHUKHBAR!







 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.