Like me!

Tugasan Blog

assalam & Salam Sejahtera

Blog adalah satu jenis web yang dikategorikan sebagai online journal atau pun online diary. Ianya berkonsepkan post atau artikel yang berbentuk kronologi atau bersiri. Dalam bahasa yang lebih senang, post yang lama akan berada di bawah post yang terbaru dan begitulah seterusnya.Blog menggunakan bahasa php web programming kerana ianya melibatkan database untuk meyimpan post/artikel.

Blog telah pun lama bertapak di internet sebagai satu medium untuk seseorang individu atau organisasi itu untuk memaparkan penulisan yang berkisar tentang kisah hidup, luahan rasa, berita, catatan perjalanan/pengembaraan, mempromosikan produk/servis, resume dan seterusnya untuk suka-suka.

Untuk menghasilkan blog, terdapat dua cara iaitu menghasilkannya sendiri(memerlukan kepakaran dalam bidang membuat web dan php programming) atau menggunakan khidmat blog provider secara percuma(lebih mudah dan tidak memerlukan kepakaran dalam bidang membuat web dan php programming).
Di antara laman web yang menyediakan khidmat blog secara percuma ialah (2 ni yang paling popular):

Blogger - Milik Google.com
Contoh-contoh blog
Blogger
fazleephixel.blogspot.com
almarbawi.blogspot.com
kirul-tv.blogspot.com


Kelebihan blogger
Percuma.
Mudah untuk mendaftar.
Control panel yang ringkas dan mudah digunakan.
Boleh upload gambar dalam control panel.
Boleh mengubahsuai template secara bebas(Boleh guna CSS,DHTML,AJAX).
Turut mempunyai categories tetapi masih dalam peringkat BETA dan hanya user yang bertuah saja boleh dapat.
Mempunyai archieves iaitu tempat di mana post-post lama disimpan mengikut bulan.
Kelemahan blogger
Hanya pengunjung yang mempunyai akaun blogger sahaja dapat memberikan komen untuk post blogger lain.


Pesanan penting:Sebelum anda mendaftar, pastikan anda telah pun mempunyai konsep dan untuk apa blog anda dibuat. Ini penting kerana semasa mendaftar, domain atau pun alamat blog anda adalah berdasarkan username akaun anda.contoh:
Blogger: nama_akaun_anda.blogspot.

Jadi apa tunggu lagi, buat anda yang berminat untuk mencuba, daftarlah sekarang. Sekiranya ada apa-apa kekurangan atau kesilapan di dalam artikel ini, diharap anda dapat memberikan komen dan teguran.

Sekian terima kasih. (infomalaya)

Tugasan :
Sebagai menyahut perkembangan dunia ICT pada masa kini, anda dikehendaki untuk
membuat satu Blog peribadi (Blogspot). Tempoh sehingga selepas cuti raya (15 Oktober 2008 )akan diberikan untuk proses
penambahcantikan pada blog tersebut. Penilaian adalah berdasarkan pada kekreativitian dan kualiti yang ada pada blog terebut.







Category:  
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.