Like me!


";})();ButtonMouseDown(this);'>@upin02 Kebanyakkan pelawat blog ini masing-masing mempunyai blog sendiri, terima kasih kerana berblogging. soalannyer, ’sejauh manakah anda serius berblogging?’. Jika jawapan anda sekadar suka-suka ataupun sekadar melepaskan tekanan, elakkan baca selanjutnya berkaitan entri ini. Tetapi jika anda masih mahu memperkasakan blog anda, bacalah dan update blog anda selepas ini ya. Memandangkan blog merupakan satu medium untuk tatapan sedunia membacanya, amatlah wajar untuk kita menilai tahap kita berblogging. Nanti tak ada la syok sendiri berblogging.

1. Templat Templat amat memainkan peranan yang penting bagi menarik minat pembaca untuk terus berada dalam blog anda. Jika anda sudah lama berblogging dan sudah selesa dengan kedudukan anda, sila cari mana-mana templat yang menepati kesesuaian dengan konsep blog anda. Sila pilih templat 1 atau 2 kolum sahaja. Blog yang unik adalah blog yang menarik.

2. Widget Widget yang banyak hanya membuatkan blog anda berat. Asingkan mana yang perlu dan tidak perlu, pelawat hanya suka blog yang sederhana. Bagi penulis, widget recent comment, related post, archieves dan about me adalah wajib. Lain-lain terpulang asalkan tidak lebih dari lima.

3. Header Banner Wajib ada. Banyak perisian yang boleh membantu anda mencipta Banner contohnya Adobe Photoshop. Jika anda tak pandai buat, rujuk photoshoptutorial.com dan sebagainya.

4. Tatabahasa dan kesalahan ejaan Walaupun selemah mana pun keputusan SPM anda, sila baiki cara penulisan anda. Elakkan kesalahan ejaan walaupun anda menggunakan bahasa pasar/rojak. Bahasa pasar masih boleh diterima ramai oleh pembaca tapi kesalahan ejaan hanya membuatkan anda seorang yang lemah. Sila lawati blog-blog yang matang dan lihat cara penulisannya, jadikan ianya sebagai inspirasi.

5. Kandungan penulisan Bukan mudah untuk menulis sesuatu tanpa sesuatu rujukan bukan? Anda perlu pastikan apa yang anda ingin tulis dan apa yang anda harus tahu mestilah merujuk Google. Elakkan merujuk kawan-kawan blogger yang lain sebagai rujukan anda, kebarangkalian anda untuk mencopypastenya terlalu tinggi. Pastikan kandungan anda segar dan telah diolah mengikut gaya anda tersendiri. Jika terdesak, nyatakan dari mana sumber anda mencopypastenya jika anda kekeringan sumber.

Selain itu gunakan perkataan yang mempunyai nilai yang tinggi semasa menulis dalam tempoh masa tertentu. Contohnya pada minggu lepas perkataan Anwar Ibrahim, UMNO, liwat, permatang pauh dan Blog Menjerit hangat diperkatakan sekitar Malaysia. Eh! Blog Menjerit tak masuk carta. Selain itu, perkataan berbaur seks juga blog dijadikan modal untuk menulis, tetapi sebaiknya dielakkanlah.

Selepas sesuatu entri siap, sila sertakan sekeping gambar berukuran lebar posting anda sebelum ia dipublishkan. Jika sesuatu entri anda tidak terlalu kuat, imej yang bersesuaian dengan entri anda boleh meransang pengunjung untuk membaca. Itulah teknik yang digunakan penulis, harap ianya berhasil.

6. Jadual Jangan paksa diri sendiri, cukuplah 3 entri seminggu. Kualiti lebih penting dari kuantiti. Kalau 1 entri setahun lebih baik lupakanlah niat tu.

7. Lain-lain Pastikan anda mendaftar di Technorati, Negaraku!, Twitter, Mybloglog dan lain-lain lagi. Sekurang-kurangnya anda taklah kolot sangat.

Jika anda boleh serius berblogging, bacalah tips di atas.

Sebar-sebarkanlah ya.";})();ButtonMouseDown(this);'>@ipin02


@ipin02







 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.