Like me!

Hati-hati !


Hari ini saya mendapat email dari orang yang tidak dikenali menggunakan nama fiza abdullah. Dari email di bawah saya syaki ada ciri-ciri penipuan terancang. Saya berkongsi supaya anda semua berhati-hati dan fwd kepada rakan-rakan.

Penipuan yang saya syaki ialah kalau saya reply semula email tersebut, saya akan diminta menelefon seseorang yang saya rasa akan meminta saya memasukkan sejumlah wang kepadanya untuk terus dealing menjadi kaya segera.

Atau pun saya mungkin terperangkap menghantar 'barang' ke lapangan terbang atau ke luar negara. Ingat tak lagi berapa ramai gadis-gadis Malaysia yang ditangkap di luar negara kerana membawa dadah!

Kalau difikirkan logik baik si fiza abdullah ini ctc terus kepada supplier dan boleh buat untung berkali-kali ganda, takkan nak kongsi untung dengan org yg tidak dikenali ye tak?

So...sendrik mau ingat!

from fiza abdullah
reply-to fiza.abdullah@msn.com
date Mon, Aug 3, 2009 at 12:05 PM
subject Apa khabar?

Apa khabar?

Diharap tuan sihat sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya fizah abdullah dan juga warganegara Malaysia.
Saya berkerja di London, United Kingdom. Saya tahu tuan tentu terkejut menerima email dari orang yang tidak dikenali. Untuk pengetahuan tuan, saya ingin menawarkan usul perniagaan dimana ia adalah sulit dan penting untuk masa depan dan kerjaya saya. Saya berharap tuan tidak menyalah ertikan maksud kedatangan email ini lalu menyebarkan kepada umum kerana ia akan memberi impak yang besar kepada kerjaya saya.

Untuk pengetahuan tuan, saya memerlukan produk SAPHIRE BLUE STONE dimana mineral ini boleh didapati di Malaysia melalui pembekal yang dikenali dan kualiti produknya dijamin oleh syarikat kami. Produk ini digunakan untuk perhiasan seperti barang kemas, jam, kemasan lantai dan sebagainya. Memandangkan tuan seorang rakyat Malaysia, saya ingin menawarkan tuan untuk menjadi ejen bagi pihak syarikat semasa mereka datang untuk membelinya di sana. Untuk pengetahuan tuan, syarikat kami memerlukan bekalan tersebut setiap dua bulan dengan kuantiti yang ditetapkan dalam kontrak di antara syarikat dengan tuan.

Sebelum ini pihak syarikat menghantar wakil untuk membeli mineral ini tetapi dia telah terlibat dengan kemalangan dan hilang keupayaan. Oleh itu saya mengambil kesempatan mendapatkan nombor telefon pembekal di Malaysia darinya.
Di sini saya sekadar cuba nak bertanya, adakah tuan berminat untuk melakukan urusniaga ini? Ini kerana saya ada nombor telefon ejen dari Malaysia tersebut.

Saya kalau boleh tidak mahu pembekal di Malaysia tersebut berhubung terus dengan syarikat kerana mereka mengaut keuntungan di pihak mereka sahaja. Harga yang dijual oleh pembekal ialah USD2,250 manakala syarikat membeli mineral tersebut dengan harga USD7,500 seperti yang ejen lama jual. Saya juga akan mencadangkan tuan sebagai pembekal kepada syarikat dari Malaysia kepada CEO kami dengan persetujuan tuan.

Sekiranya tuan berminat dengan usul ini dan ingin bertanya dengan lebih lanjut, diharap tuan mengambil inisiatif untuk menghantar email terus kepada saya berdasarkan alamat di bawah atau sila berikan number untuk dihubungi dan saya akan terangkan melalui telefon:

Yang benar,

fizah Abdullah

Sumber : isuhangat







Category:  
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.