Like me!

MAKLUMAN PENULARAN WABAK H1N1 DI POLITEKNIK PORT DICKSON




Salam dan salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa 4 orang pelajar PPD telah disahkan positif H1N1. Namun begitu atas nasihat pihak Pejabat kesihatan daerah Port Dickson tuan pengarah dan jawatankuasa pengurusan PPD membuat keputusan agar tuan puan bertugas seperti biasa . Namun begitu jika terdapat sebarang tanda-tanda atau simptom H1N1 tuan puan diminta bersegera ke klinik dan pusat kesihatan yang berhampiran. Tuan-puan juga diarahkan agar memakai penutup mulut sepanjang masa di politeknik. Sekian , untuk makluman dan tindakan tuan-puan.

Terima kasih

PRO PPD
b.p Pengarah



Ruj. Kami : PPD/005/38/( ) Tarikh: 31 Julai 2009

Daripada : PENGARAH POLITEKNIK PORT DICKSON


Kepada : SEPERTI DI SENARAI EDARAN


Ybhg Dato’/Tuan/Puan


TINDAKAN PENCEGAHAN AWAL BAGI MENANGANI SERANGAN VIRUS BERJANGKIT

Dengan hormat dan takzimnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa pihak Politeknik Port Dickson telah dinasihatkan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan agar menangguhkan sebarang aktiviti pelajarnya bagi mempastikan bahawa penyakit bawaan virus yang menyerang sebilangan pelajar Politeknik Port Dickson dapat dikawal dan dipulihkan sepenuhnya. Untuk makluman juga setakat ini tidak terdapat sebarang kes positif H1N1 yang melibatkan pelajar Politeknik Port Dickson.

3. Atas nasihat tersebut pihak pengurusan Politeknik Port Dickson telah memberikan cuti rehat selama seminggu berkuat-kuasa mulai hari Isnin 3//7/2009 hingga 9/7/2009 kepada pelajar Semester 1 yang ada ketika ini sebagai satu langkah pencegahan awal. Sementara itu pendaftaran pelajar lama telah ditunda dari 3/8/2009 kepada 10/8/2009.



Sekian untuk makluman Ybg Dato’/Tuan/Puan

Keprihatinan tuan puan di dalam perkara ini amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,



(HJ.MOHD KHARIR BIN MOHD IBRAHIM)
Pengarah Politeknik Port Dickson








Category:  
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.